Pages

Friday 12 December 2014

Nak pandai BI? Berkawanlah dengan Mr Dict!


MR DICT!

Itulah gelaran yang guru Bahasa Inggeris saya di Sekolah Menengah Maxwell (Ms Sandra Nicole Tan) dulu beri kepada Teman Rapat saya. Mr Dict ialah singkatan kepada Mr Dictionary.

Ms Sandra pendorong kepada minat saya berbahasa Inggeris. Sebelum sekolah menengah sepatah haram BI pun saya tak tahu. Selepas Ms Sandra mengajar, minat terhadap BI naik mendadak.

Dictionary atau Kamus sememangnya best friend saya waktu itu, ketika di SAS dan di UK. Tanpa Mr Dict, saya pasti tak pandai2 lagi berbahasa Inggeris. Walaupun saya dapat A2 dalam BI sewaktu SPM, Oral BI saya (conversational English) saya memang menyedihkan. Bolehlah cakap. Orang bolehlah faham. Tapi still tahap amatur. That's why bila straight ke UK lepas SPM, saya "menangis" hampir 3 bulan kat sana, sebab rasa "susah sangat". First few weeks memang tak faham apa Mat Saleh cakap atau cikgu ajar, dengan nak adjust cuaca sejuk lagi...memang tough! Tapi itu cerita lain...

Ironinya kelemahan anak2 kita sekarang masih berpunca daripada keengganan menggunakan Mr Dict!

In other words, tiada sesiapa mengajar anak2 kita agar berdamping dengan Mr Dict. Anak2 kita segan nak berkawan dgn Dict. Yg mereka nak kawan adalah computer games.

Jadi bagaimana mereka nak GROW dalam BI kalau tahap vocabulary masih di takuk lama?

Yang lebih menyedihkan bila ibu bapa (kita?????) sendiri tak pernah ajar anak kita menggunakan Mr Dict?

Adoyai.......macam mana ni? Nak suruh anak jadi pandai, tapi kita tak tunjukkan bagaimana?

Rasanya eloklah kita berubah dulu kan?

JOM BERUBAH!

Jom minat berkawan dengan Mr Dict!

Kalau takde lagi, belilah satu!

Tapi dictionary pun ada macam2 di pasaran....NAK BELI yang MANA SATU ni?

Nak beli yang MURAH ke? Nak beli yang Dwi-Bahasa ke? Nak beli yang Kamus Dewan BM-BI ke? Oxford Fajar bagus ke? Nak beli yang pocket atau yang Oxford Learners yang Tebal tu? Hmmmm dah decided nak beli pun susah jugak, tak tau mana nak PILIH?

Tuesday 9 December 2014

Antara Rahsia Pandai Cakap BI


Rahsia Pandai Cakap BI ada banyak. Terlalu banyak.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa ada 12 cara yang popular, seperti dalam rajah di atas.

In other words the list is not exhaustive. Maksudnya ada banyak cara lain.

Tapi memandangkan itu antara yang popular, maka saya sendiri menggunakannya sebagai starting point untuk mengajar students saya.

Mari kita lihat cara2 tersebut, satu persatu.

Pertama sekali, record yourself speaking English. Ini paling mudah untuk dibuat. Tapi masih ada CARA yang betul untuk merekod. Bukan hentam kromo ya. Bila2 nanti saya akan kongsikan teknik yang betul

Ke-2, dengan Read aloud, especially dialogue.

Hari ini saya telah mengajar teknik ini kepada students saya.

Saya mengunakan dialog perbualan melalui telefon seperti berikut :



Students saya perlu merekod perbualan mereka sendiri berdasarkan dialog di atas. Mereka kena berlakon seolah-olah mereka 2 orang yang berbeza.

Tetapi sebelum itu saya memberi garis panduan berikut untuk mereka ikuti;

[08:29, 10/12/2014] HT Amir: Today saya nak sentuh ttg Etika Perbualan Telefon ya
[08:29, 10/12/2014] HT Amir: 1. Kawal Nada Suara
[08:29, 10/12/2014] HT Amir: maksudnya tak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
[08:30, 10/12/2014] HT Amir: sedang2 shj.
[08:30, 10/12/2014] HT Amir: So sekejap lagi bila saya bagi insyarat boleh call saya, pastikan kawal nada suara ya.
[08:31, 10/12/2014] HT Amir: 2. Jaga rentak/tempo percakapan.
[08:31, 10/12/2014] HT Amir: Ini yg saya maksudkan semalam.
[08:31, 10/12/2014] HT Amir: Maksudnya jgn terlalu laju atau terlalu perlahan.
[08:31, 10/12/2014] HT Amir: Kalau perlahan, bosan.
[08:32, 10/12/2014] HT Amir: Kalau laju, org tak faham.
[08:32, 10/12/2014] HT Amir: Atau org ingat anda nak lari ke mana tah.
[08:32, 10/12/2014] HT Amir: So mcm mana nak pastikan tempo tu sederhana?
[08:33, 10/12/2014] HT Amir: Sebelum call, tarik nafas panjang2, lepaskan, calm down.
[08:33, 10/12/2014] HT Amir: Org yg dapat kawal tempo percakapan akan dipandang sbg org yg berkeyakinan tinggi.
[08:34, 10/12/2014] HT Amir: Ingat tu ya.
[08:34, 10/12/2014] HT Amir: 3. Sebut dgn jelas
[08:34, 10/12/2014] HT Amir: Ini sumber utama markah.
[08:34, 10/12/2014] HT Amir: Kalau sebutan u jelas, pendengar akan mudah faham.
[08:34, 10/12/2014] HT Amir: Saya akan beri markah tinggi jika sebutan jelas.
[08:35, 10/12/2014] HT Amir: Setiap perkataan mesti disebut dgn jelas.
[08:35, 10/12/2014] HT Amir: Nak pastikan cara sebutan kita jelas, kita kena belajar cara sebutan yg betul.
[08:36, 10/12/2014] HT Amir: Nowadays dah ada kamus online yg mengajar cara sebutan.
[08:36, 10/12/2014] HT Amir: Saya cadangkan Cambridge Onlone Dictionary. Ada 2 sebutan. UK dan US.
[08:37, 10/12/2014] HT Amir: Ulangsebut beberapa kali untuk dapatkan sebutan terbaik.
[08:37, 10/12/2014] HT Amir: Bandingkan dgn sebutan sebenar.
[08:37, 10/12/2014] HT Amir: Untuk lebih bagus, minta kawan dengar, sama tak dgn contoh.
[08:37, 10/12/2014] HT Amir: Biasanya kalau org lain dengar baru tau elok atau tidak.
[08:38, 10/12/2014] HT Amir: Jika kita sendiri dengar, kita PERASAN kita dah bagus. Hehehehr.
[08:38, 10/12/2014] HT Amir: 4. Telefon pada waktu yg sesuai.
[08:38, 10/12/2014] HT Amir: Jangan telefon org lain terlalu awal pagi atau lewat malam.
[08:39, 10/12/2014] HT Amir: To be safe, tanya mrk adakah mrk free to talk.
[08:39, 10/12/2014] HT Amir: Jika menefon ke pejabat, mungkin rakan sedang ada kerja penting untuk dibuat.
[08:39, 10/12/2014] HT Amir: Jadi pastikan masa itu sesuai.
[08:40, 10/12/2014] HT Amir: 5. Berikan perhatian penuh.
[08:40, 10/12/2014] HT Amir: Etika ini sebenarnya BENAR at all time and situation.
[08:41, 10/12/2014] HT Amir: Prof Muhaya pernah berkata, org yg paling penting dlm hidup kita ialah org yg berada di HADAPAN kita.
[08:42, 10/12/2014] HT Amir: Jadi kalau kita menelefon seseorg, org itu perlu dilayan sebg org yg PALING PENTING dlm hidup kita.
[08:42, 10/12/2014] HT Amir: Berikan sepenuh perhatian padanya.
[08:43, 10/12/2014] HT Amir: Jgn cakap acuh tak acuh.
[08:43, 10/12/2014] HT Amir: Jika kita menerima panggilan juga begitu.
[08:43, 10/12/2014] HT Amir: Org yg menelefon itu org yg paling penting dlm hidup kita waktu itu.
[08:43, 10/12/2014] HT Amir: 6. Jawab panggilan dgn segera.
[08:44, 10/12/2014] HT Amir: Ini jika kita yg menerima panggilan.
[08:44, 10/12/2014] HT Amir: Ini lebih kepada keperluan business.
[08:44, 10/12/2014] HT Amir: Atau sekiranya di rumah, untuk mengelak org yg menelefon menyangka kita tiada di rumah jika kita angkat lambat sgt.
[08:45, 10/12/2014] HT Amir: 7. Gunakan butang menunggu
[08:45, 10/12/2014] HT Amir: Ini jika kita yg menerima juga.
[08:45, 10/12/2014] HT Amir: Atau kita memanggil tetapi ada call lain masuk.
[08:45, 10/12/2014] HT Amir: Setiap call itu penting.
[08:46, 10/12/2014] HT Amir: Jadi gunakan kemudahan yg ada untuk treat setiap pemanggip dgn layanan terbaik.
[08:46, 10/12/2014] HT Amir: Ini juga untuk mengelak org lain mendengar perbualan yg tak sepatutnya dgn org lain.
[08:46, 10/12/2014] HT Amir: 8. Jangan menyampuk
[08:47, 10/12/2014] HT Amir: Tunggu sehingga org itu sudah habis bercakap.
[08:47, 10/12/2014] HT Amir: Baru anda bercakap
[08:48, 10/12/2014] HT Amir: 9. Berhemah walaupun pemanggil salah nombor.
[08:48, 10/12/2014] HT Amir: Ini lebih kepada sopan santun secara am.
[08:48, 10/12/2014] HT Amir: Menunjukkan sikap kita sbg seorg manusia
[08:48, 10/12/2014] HT Amir: Jika kita jenis org bersopan santun, perkara ini tak perlu diajar
[08:48, 10/12/2014] HT Amir: Hehehheeh
[08:49, 10/12/2014] HT Amir: 10. Aktifkan Sistem Pesanan Peti Suara
[08:49, 10/12/2014] HT Amir: Jika kita sering sibuk, elok diaktifkan Ssitem Pesanan
[08:49, 10/12/2014] HT Amir: Ini supaya pemanggil dapat meninggalkan pesanan.
[08:50, 10/12/2014] HT Amir: Atau minta mrk hantas SMS.
[08:50, 10/12/2014] HT Amir: jadi itulah 10 etika Perbualan Telefon ya

Kemudian saya merekod suara saya sendiri sebagai panduan buat students.




Semoga perkongsian ini bermanfaat.

p/s: Jika anda berminat untuk jadi student Kelas Perbualan saya, boleh mesej "Nak Join WAC" ke Whatsapp saya di 018 - 227 6438.

Rahsia Pandai BI dengan hanya menggunakan Bahan Bacaan Termurah


Banyak orang yang merungut TIDAK MAMPU untuk membeli bahan bacaan Bahasa Inggeris. Kebanyakannya mahal-mahal belaka.

Seperti biasa, hendak seribu saya. Tidak mahu seribu dalih. Jika kita benar-benar ingin Pandai BI, kita sepatutnya menggunakan bahan2 yg ada di sekeliling kita.

Sebagai contohnya, dengan hanya RM1.50 kita boleh membeli The Star yang padat dengan bahan berkualiti yang dapat membantu kita meningkatkan penguasaan BI kita dalam masa yang singkat!

Itupun kalau kita MAHU!

OK, katalah kita mahu. Katalah anda mahu.

Bagaimana caranya?

Adakah dengan membaca sahaja?

Jawapannya, YES and NO.

YES jika anda istiqomah

NO jika anda hangat2 tahi ayam.

Jika hanya bersemangat separuh jalan, hanya kerana mengikut-ikut orang atau saranan blog ini, usaha anda tidak akan bermakna.

Tapi jika anda tahu CARA SEBENAR untuk menggunakan akhbar The Star ini, anda akan kekal bersemangat dan BI anda akan improve drastically and in NO TIME AT ALL!

Begini caranya......

STEP 1

1 - Sediakan kamus di sebelah anda setiap masa, atau jika ada internet, get ready to google atau lebih baik lagi guna Cambridge Online Dictionary

2 - Tak perlu baca! Hah? Tak perlu baca? Ya, tak perlu baca berita pun. Anda hanya perlu baca semua tajuk besar dan tajuk kecil sahaja. Baca dan baca dan baca.

3 - Sambil baca titles, pastikan ada sebatang pen atau highlighter di tangan. Setiap perkataan dalam titles yang anda tak faham, gariskan/highlightkan dan cari makna terus.

4 - Tulis makna perkataan tu di atas perkataan asal.

5 - Teruskan membaca semua titles. Ulangi langkah 3 & 4 sampai muka surat belakang.



Itu sahaja STEP 1.

Jika anda BERJAYA buat STEP 1, komen di ruangan komen di bawah. Saya akan reveal STEP 2 and STEP 3.

Jika tiada komen, bermakna tiada orang yang berminat untuk tahu RAHSIA ini.




GOOD LUCK!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...