Pages

Tuesday, 4 November 2014

Day 5 - Mengajar Anak 4 Tahun Bercakap BI di Bilik Mandi

Picture 1 : Ibu bapa kena mulakan bercakap BI

Usia 4 Tahun Sudah TERLALU LEWAT Untuk Ajar Anak Bercakap BI!

Ya, saya setuju. Sepatutnya kita mulakan sewaktu anak masih di dalam perut ibunya. Kemudian terus sambung setelah dia lahir, bayi, toddler dan by the age of 4 sepatutnya anak dah fasih bercakap BI.

TETAPI itulah masalahnya. Semua itu TIDAK BERLAKU. Jadi, takkan nak biarkan sahaja anak tidak pandai bercakap BI?

Jadi saya mengambil pendekatan BETTER LATE THAN NEVER dan bertekad untuk memulakan JOURNEY ini.

Saya akan merekodkan progress anak saya yang berumur 4 tahun ini, bermula dari semalam. Saya berharap QUEST terbaru saya ini akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan sesuatu yang serupa seperti ini dengan anak mereka.

Yang paling penting sekali, saya yakin anak saya yang akan mendapat manfaat terbesar. Baru 2 hari sahaja sudah nampak KESAN POSITIF sebenarnya!

I'm super excited actually!  So, let me share with you the actual things I did and will do with my boy, Azib, born 15th July 2010.


RINGKASAN AKTIVITI HARIAN



Day Number New Words Word/Phrase/Sentence
1 1 I I.
1 2 U You.
2 1 M I am.
2 2 R You are.
3 1 Own name I am Azib.
3 2 Friend's name You are Amir.
4 1 My My finger.
4 2 Your Your finger.
4 3 body My body etc.
5 1 shampoo My shampoo, Your shampoo.

Picture 2 : Amalkan penggunaan new words setiap masa

AMARAN :
1) Apa yang saya akan kongsikan ini hanyalah ilmu asas. Ilmu asas TANPA pembacaan meluas, walaupun hanya ilmu asas boleh mengelirukan. Jadi disarankan agar ibu bapa membeli bahan bacaan tambahan untuk memberi kefahaman kepada diri sendiri sebelum mengajar anak. Bahan yang saya sarankan, yang saya sendiri gunakan dalam ini boleh di dapati dari sini → KLIK SINI UNTUK BELI BUKU GRAMMAR ASAS.

2) Apa yang saya kongsikan di bawah ini BENAR2 TERJADI. Maknanya saya buat bersama anak saya. Tetapi apa yang saya kongsikan hanyalah beberapa minit daripada apa yang sebenarnya berlaku. Maksudnya, saya ajar beberapa minit, tetapi praktikalnya ataupun penggunaanya haruslah berterusan, tidak terhenti semasa kita mengajar anak sahaja. Tuan/Puan akan nampak KESAN drastik pemahaman anak tentang NEW WORDS yang digunakan jika lebih kerap diulang pada masa dan tempat yang berlainan dalam satu hari. Pendeknya, amalkan sahaja pada bila2 masa.


Day 1 - Ajar huruf  I dan huruf  U dahulu.

Caranya : 
1. Tunjuk jari ke dada kita dan ulang sebut "I".
2. Minta anak tiru apa yang kita buat.
3. Tunjuk jari ke dada dia dan ulang sebut "U"
4. Minta anak tiru.
5. Ulang banyak2 kali sampai jadi automatik kpd dia.
6. Akhir sekali tambah simbol , juga menggunakan jari, dengan menyebut I U

New Words: I, You



Day 2 - Ajar huruf M dan R pula. 

First sekali, REFRESH memory apa yang dipelajari semalam:
1. Ambil buku ABC dan tunjuk jari ke huruf dan ulang sebut "I".
2. Tunjuk jari ke huruf dan ulang sebut "U"

Today, perkenalkan 2 huruf baru:
1. Tunjuk jari ke huruf dan ulang sebut "M"
2. Now bagitau anak, I kawannya M. Jadi, I....M
3. Tunjuk jari ke huruf dan ulang sebut "R"
4. Now bagitau anak, U kawannya R. Jadi, U....R
5. Ulang banyak2 kali sampai jadi automatik kpd dia.
6. Akhir sekali jadikan LAGU supaya menarik & FUN.

New Words: Am, Are


Nota
: Learning is FUN!


Day 3 - Lengkapkan ayat dengan NAMES

First sekali, REFRESH memory apa yang dipelajari sebelum ini:
1. I & U
2. I M & U R

For today:
1. Just tambah nama/name pada I M & U R
cth:
I M Putri
U R Rose

2. Memang agar sukar pada mulanya tapi bila dah diulang-ulang akan jadi biasa

Nota: Hari ini saya kongsikan rakaman student WA10 saya Rose, bersama anaknya Putri.

New Words: "names"



Day 4 - Ajar Saya Punya (My) & Awak Punya (Your)

First sekali, REFRESH memory apa yang dipelajari sebelum ini:
1. I & U
2. I M & U R
3. I M Azib & U R Abah

Setelah anak tahu bagaimana nak sebut nama dia dan nama orang yang dia berbual (cth: kita atau kawan dia) iaitu kategori PRONOUNS, kita perkenalkan pula perkataan yang PALING RAPAT dengan dirinya, bermula dengan Bahagian Badannya iaitu kategori NOUNS.

I. .....My
You......Your

I dgn My sama bunyi akhirnya
You dgn Your sama bunyi awalnya
My maksudnya saya punya
Your maksudnya awak punya

Then tunjukkan gambar my body parts di Page 55 Starting English 1 (SE1)


Day 4 : Memperkenal Anggota Badan menggunakan My & Your

Mulakan dengan My......
Sebut My nose
My eyes
My hair and so on
Then mintak anak ulang sebut

Then guna Your ......... pulak
Cth: Sebut Your nose
Your eyes
Your hair and so on
Then minta nak ulang sebut


Perhatikan cara saya berbeza dgn cara biasa
Biasanya parents atau cikgu ajar nama bahagian badan sahaja
Tapi kita combine My dgn Your
So that budak tahu penggunaan 2 tajuk grammar sekaligus iaitu Possessive Adjectives and Nouns

New Words: My, Your & parts of the body

Day 5 - Amalkan My & Your di Bilik Mandi

Sekarang kita akan tengok contoh amalan di Bilik Mandi.

First sekali, REFRESH memory apa yang dipelajari sebelum ini:
1. I & U
2. I M & R
3. My nose & Your nose

Day 5 : Mengajar BI di Bilik Mandi

First, ambil shampoo kita, dakap dan katakan "My shampoo"
Next, ambil shampoo anak, berikan kepada dia, minta dia dakap juga dan cakap "My shampoo"
(Ulang aktiviti ini 5x)

Kemudian gunakan jari untuk tunjuk pada shampoo kita sambil kata "Ini my shampoo" dan tunjuk pada shampoo dia sambil kata "Itu your shampoo". Kemudian minta dia ulang pula.
(Ulang aktiviti ini 5x)

Kita akan nampak anak sudah mula rasa EXCITED dan SELESA untuk menggunakan perkataan2 yang baru dipelajarinya sejak beberapa hari lepas.

Good Luck!

p/s: Bilik air hanyalah satu contoh penggunaan. Jika anda ada idea lain, bolehlah kongsikan di ruangan komen.

New Word: Shampoo

To be continued.......

p/s: Sila tinggalkan komen anda di bawah, sama ada perkongsian ini bermanfaat kepada anda atau apa2 juga komen sama ada setuju atau tidak setuju dengan cara saya ini. Segala komen akan diterima dengan hati yang terbuka in shaa Allah. 

17 comments:

  1. Thank you for the brilliant idea.

    ReplyDelete
  2. You're welcome. Please share with others.

    ReplyDelete
  3. TQ...ADA SAMBUNGAN TAK?

    ReplyDelete
  4. Tq..hebat. harap dapat kongsi lagi sambungannya. Saya praktikan dgn anak2..mereka gembira. Cepat dapat.

    ReplyDelete
  5. Info yg sangat saya cari2 selama ni..tq ye ��

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..jumpa juga tips ni..thanks share! anak saya masih keliru dengan penggunaan i & you, my & your... yg die tahu what,where,here..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Firstly its very difficult... But i will try...

      Delete
  8. T.ksh ats perkongsian,sy dan suami tidakla pndi berbahasa english..tp berusaha utk pndikan ank dlm english,harap dapat kongsi lebih lg tips dri ank berusia 4 tahun keats.

    ReplyDelete
  9. Wow...this is great idea. I will apply to my one year old son soon. Good for kids.

    ReplyDelete
  10. tq share..nanti boleh la diajar pada anak

    ReplyDelete
  11. akan cuba buat pada anak..Memang rasa terlambat sangat nak ajar.Walaupun mak pak dia tak pandai nak cakap bi dengan telus,at the same time mak pak jugak belajar kan.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih. Ilmu yang sangat bermanfaat. Mintak buat sambungannya. =)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih ats perkongsian..memang tengah nak ajar anak paham english skrg ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...