Pages

Monday, 10 November 2014

Apakah KELEMAHAN TERBESAR anak kita dalam Bahasa Inggeris?

Jawapannya.......VOCAB

Bagaimana nak perbaiki vocab mereka? Ada banyak cara, tapi yang paling mudah ialah dengan mengikut langkah2 yang dinyatakan di atas.

Tetapi words APA yang perlu anak2 kita pelajari/tahu?

1. ASAS = Words yang disenaraikan dalam silibus
2. WAJIB = Words yang digunakan dalam buku teks
3. WAJIB = Words yang digunakan dalam buku aktiviti
4. TAMBAHAN = Words yang digunakan dalam buku rujukan
5. PENGUKUHAN = Words dari sumber-sumber lain seperti buku cerita, suratkhabar, internet dll

1. ASAS = Words yang disenaraikan dalam silibus
Contoh words dari silibus BI Tahun 1 
2. WAJIB = Words yang digunakan dalam buku teks
3. WAJIB = Words yang digunakan dalam buku aktiviti
4. TAMBAHAN = Words yang digunakan dalam buku rujukan
5. PENGUKUHAN = Words dari sumber-sumber lain seperti buku cerita, suratkhabar, internet dll

Words dari sumber No.1 hingga 4 sahaa sudah memadai JIKA DIPELAJARI betul2 ataupun bersistematik. Masalahnya anak kita belajar tanpa sistem. Sehari belajar 5 perkataan baru, seminggu tinggal, tak belajar. Sebulan 20 perkataan baru sahaja, SAMPAI BILA NAK PANDAI BI, kan?

EBOOK untuk MEMUDAHKAN ibu bapa memberi Spelling Test SETIAP HARI!!!

Menyedari kepentingan aktiviti spelling yang KONSISTEN untuk mengukuhkan vocabulary, saya telah mendapat idea dan sedang menyiapkan 365 days Spelling Ebook untuk mengatasi masalah tersebut.

Ebook berkonsepkan daily spelling test/worksheet.

Ebook ini MEMUDAHKAN ibu bapa.
  • ibu bapa tidak perlu bersusah-payah mencari words
  • hanya print blank worksheet soalan BI
  • bacakan kepada anak words yang nak diuji dalam BI sahaja (ini sahaja yang ibu bapa buat, lain semuanya anak buat sendiri)
  • kemudian print worksheet soalan BM untuk anak buat
  • kemudian print jawapan BM pula untuk anak sema

Kepentingan Ebook ini:

  • Sehari 20 words.
  • Sebulan 600 words.
  • Setahun 7200 words.


Ada 4 steps:
1) Kita uji BI anak.

2) Anak semak sendiri dan buat corrections
3) Kita uji BM anak
4) Anak semak sendiri dan buat pembetulan


Based on words dalam dokumen silibus, text books, activity books & revision books.

Bermula dengan level terendah iaitu Tahun 1 dulu dan menaik hingga Tahun 6.

Tadi saya dah TEST DRIVE dgn anak2. Memang menarik.

Siapa yang rasa2nya BERMINAT dgn Ebook ni?

Saya akan charge RM30 sebab banyak masa akan dihabiskan untuk key in words from buku teks dan translation words tersebut.

AMAT SESUAI untuk anak2 lemah BI.


KENAPA Ibu Bapa WAJIB Beli Ebook Ini? 

Saya ada banyak students. Dah berbuih mulut bagitau students, penguasaan vocab AMAT PENTING. penguasaan vocab AMAT PENTING. penguasaan vocab AMAT PENTING.  Saya selalu ingatkan, at least sehari hafal 10 new words. Itupun susah mereka nak buat.

Jadi saya ambil satu langkah PRO-ACTIVE untuk bantu mereka dan ibu bapa mereka untuk mantapkan penguasaan vocab. Saya MUDAHKAN mereka untuk belajar new words dan praktis existing words.

  • SEHARI praktis spelling 20 WORDS, that's the SYSTEM. 
  • MISSED semalam, cover hari ini.
  • Parents akan lebih INVOLVED dengan realiti pelajaran anak, anak pun suka, kasih sayang bertambah.

Anak anda bagaimana? Vocab dia dah POWER?

Jika belum, bolehlah nyatakan MINAT terhadap Ebook 365 Days Spelling Worksheet ini dengan meninggalkan email anda di ruangan komen di bawah ini.


Signed,
Home Tutor Amir
12.11.2014


p/s:

Ebook ini belum siap sepenuhnya
Sedang dalam proses key in
And testing dgn anak2 saya sendiri
Tinggalkan email di posting di page
Dah siap saya akan email
Sini takut terlepas pandang
Saya nak buat email group nanti

Ini Worksheet
Parents kena print sendiri
Boleh print berulang kali
Terlalu banyak m/s untuk print jadi m/s buku fizikal.

Wednesday, 5 November 2014

Apa Nak BUAT Jika Anak Tahun 5 LEMAH Bahasa Inggeris?


Ada DUA masalah yang kita boleh terus nampak di sini, iaitu:
1) Anak LEMAH BI
2) Emak pun sama LEMAH BI, lantas tidak dapat membantu anaknya belajar

Mungkin ada banyak FAKTOR lain yang menjadi PUNCA kepada masalah tersebut tetapi tidak mungkin kita dapat mengetahuinya. Tetapi tidak mengapa, kerana setiap orang ada masalah masing-masing.

Yang penting kita perlu percaya bahawa walau APAPUN masalah yang kita hadapi, selagi kita ada MASA dan selagi kita sanggup BERUSAHA, masalah tersebut PASTI BOLEH DIATASI.

Jadi apa yang perlu dibuat sebenarnya jika kita mengalami masalah seperti di atas? Dahlah anak lemah BI, kita sendiri pun lemah, jadi tak dapatlah kita nak bantu anak.

Apa yang BOLEH kita buat?

Saranan saya:

1. First sekali kita analisa masalah kita. Kita get to basics. Kita tengok apa salah kita. Apa kekurangan kita dalam mendidik anak kita. Pasti ada. Saya sendiri ada. Jadi kita kena IKHLAS dan JUJUR dengan diri sendiri. Senaraikan semua kekurangan yang mungkin menjadi FAKTOR kepada KELEMAHAN anak dalam Bahasa Inggeris ini.
2. Menyenaraikan kelemahan bukanlah untuk menjatuhkan semangat. Sebaliknya untuk memperbaiki. Jadi perbaikilah setakat yang mampu. Buat satu demi satu. Buat mana yang mudah dahulu.
3. FOLLOW Blog ini! WAJIB. Bukan kerana blog ini yang terbaik tetapi kerana blog ini FOKUS kepada masalah ini, terutamanya jika anda ada anak yang berumur 11 tahun dan tahun hadapan akan ambil UPSR.
4. MONITOR perkembangan anak. Apa yang nak kita monitor? Saya akan terangkan selepas ini.

Now saya nak mula kelas pagi Whatsapp BI.....so, to be continued ya!

Tuesday, 4 November 2014

100 CARA Untuk Pandai BI Dengan PANTAS



4 Asas THE SECRET = LISTEN, SPEAK, READ & WRITE

Setelah memperkenalkan THE SECRET TO MASTER ENGLISH LANGUAGE, saya tanya soalan cepu emas berikut:

"Apakah 100 CARA yang boleh dibuat untuk memastikan kita GUNAKAN Bahasa Inggeris setiap hari?"

Sebagai contoh, dalam kelas Whatsapp Siri Ke-10 saya, apabila ditanya soalan tersebut, para pelajar saya menyenaraikan 100 cara berikut:

100 CARA untuk AMALKAN the secret (according to WA10 Class)
1. spend lebih masa utk study.
2. Hari2 kena ckp english.
3.Baca paper BI
4.Bercakap dgn org disekeliling kita
5.Baca kamus
6. Banyak membaca
7. Dgr radio bi
8. Watch eng MOVIE0
9. bergaul dgn chinese or india  n speak eng with them
10. Read eng story books
11.Buat kamus BI sendiri
12. Tulis diari dlm inggeris
13.Tulis beberapa ayat dlm Bi
14. HafaI grammar
15..ape yg kita nampak kita ubah perkataan tu dlm bi..
16.Kamus sentiasa ada di sisi atau setiap masa..
17. Try to write in english now...he3
18.praktis cakap bi di tempt kerja
19. Baca papan tanda di shopping complex
20.Baca papan tanda di shopping mall
21. Selalu buat tulis ayat2 pendek
22. Read, read and read
23. Tgk gambar and cuba cerita dlm bi secara ringkas
24. Wasap n sms dgn sesiapa dlm bi
25. Speak, speak and speak
26. Write, write and write
27. Listen, listen and listen
28. tgok kartun bi..
29. Jgn malu nak ckp bi
30. Jgn tkt nak ckp bi
31. ajar anak bi n sambil belajar
32. Baca buku ceta bi
33. Setiap benda yg dipegang..sebut in english..
34. Tulis pkataan yg kita x th. Kemudian cr makna dn ayat yg sesuai
35. Join wa english lesson with cg amir
36. Tulis lagu bi n cri maknanya
37. Main game coc dan communicate dgn org luar msia
38. Meeting dlm bi
39. Guna ayat bi dlm kehidupan seharian wpun 1 ayat
40. Nyanyi lagu inggeris
41. Cr makna lagu dlm inggeris
42. Baca kata-kata motivasi inggeris
43. Baca sajak inggeris
44. Membaca dgn suara yg kuat utk mmbiasakan dgn sebutan
45. ckap bi sorang2 dpn cetmin setiap hari..
46. Tgk Dan faham berita bi
47. Guna bi masa bercuti luar negara
48. Tgk berita eng
49. Speak in eng in your house with your family
50. Solve eng crossword puzzle
51.Main game silangkata BI
52. Main teka teki in bi
53. Tulis seberapa byk pkataan yg kita th di sekeliling kita dan bina ayat
54. Baca buku komik BI
55. Baca kamus bergambar kanak2
56. Buat latih tubi setiap pelajaran yg tlh diajar
57. Back to basic.. p & j is the best books (u want more info, pm kak maz...sori sir)
58.Gunakan BM dgn nahu yg betul
59.Bljr bhs lain spt arab,f[truncated by WhatsApp]
60. Just google if u want to know anything about english
61.Cari kwn baru yg guna bi sepenuhnyer cth twitter, facebook, instagram
62. Jika kerja melibatkan org ramai make sure iklan yg di buat seperti phamplet, cards di tulis dlm bahasa inggeris -sir yg nie boleh ker
63. Like any page in fb relate to eng
64. Everyday is eng day
65.start borak gan anak,
66. Also communicate in eng with your cat
67. Create eng environment wherever you go
68.setiap brg yg ada kat umah kita tagging dgn nama english
69. In your garden also, labelling
70.guna bi dlm phone
71. Speaking depan cermin
72. Peramah.asal jumpa org tegur lam bi
72. Buat peta minda bg ingat nahu /perkara asas english
74.menterjemah ayat yg kita jumpa
75. Sentiasa azam perkara utama yg perlu di buat setiap hari semua dlm English
76.tulis apa-apa je yg terlintas kt minda
77.hafal ayat bi sekurg2nya 1 ayat dlm shari
78.hafal ayat/perkataan sblm tidur
79.sebut ayat/perkataan bi dgn kuat & jelas
80. Nyanyi lagu kanak2 in english
81. Jawab soalan upsr thn2 lps
82. Tengok cartoon network dgn anak2
83. Tambahkan vocab. Hafal 10 perkataan 1 hari.
84. Cakap sorang2 dlm kete guna english..
85. Belajar kata dasar sesuatu perkataan
86. jgn terjemah english dlm bhs melayu
87. Just speak, do not border either it is correct or wrong
88. Just write, do not border either it is correct or wrong
89. Bila bljr perkataan baru cr sekali perktaan seerti dan berlwnan
90.Selalu main2 spelling with sape saje
91.tampal & gantung ayat2/perkataan bi
92. Mind your language
93.  Do your homework
94. listkan brg yg nk kita bli in english
95. Dictation. Dengar dr CD atau kwn
96. Listen and write
97. Berangan or cakap sorang2  lam bi
99. Have a dream in english
100. Jika nervous semasa bercakap tarik nafas 2kali

Senarai di atas TIDAK LENGKAP dan TIDAK BAGUS sebenarnya. Banyak points yang SERUPA. Tetapi saya tetap kongsikan just to prove the point that ada pelbagai cara yang boleh kita fikirkan untuk mengamalkan ilmu BI yang kita tahu.

In other words, ada banyak cara lain yang lebih praktikal dan lebih efektif daripada yang disenaraikan di atas. But that's not the point. The point is, siapa pun anda, jika anda terfikir satu atau dua cara untuk membolehkan anda mengamalkan BI, why not you buat, kan? Kenapa nak terikut-ikut cara orang?

That's why selepas para pelajar menyenaraikan 100 Cara tersebut, saya minta mereka :
1. Pilih 3 cara yang mereka rasa mereka MAMPU buat
2. Terus laksanakan bermula hari ini
3. Isqtiqamah atau Consistent amalkan selamat 21 Hari.

BI is all about practise and usage. Tanpa penggunaan yang kerap dan konsisten, sampai bila-bila pun seseorang itu takkan pandai BI. I strongly believe that's TRUE.

On top of that, saya minta pelajar saya beri daily progress report tentang amalan mereka yang melibatkan 3 cara yang telah mereka pilih.

So far so good.

Ada seorang pelajar yang memberanikan diri meminta rakan sekerjanya membantu dia speak English. Saya respect Norasilana for her bravery. I am confident that her English will improve drastically soon.

Berikut ialah rakaman perbualan Norasilana. Saya pasti anda juga setuju yang beliau sangat berani.


video


Pelajar lain pula masing2 telah menyatakan 3 Cara Pilihan mereka. Saya akan kongsikan di sini nanti.

Now is the time to act, watch and monitor. See how it goes. Kuat semangat mereka, cepatlah mereka Pandai BI.

Anda pula bagaimana? Berminat nak masuk kelas semula? Jika berminat, nantikan posting saya tentang Kelas WA11 yang akan bermula tidak lama lagi.

Jika anda takut kelas itu penuh, anda boleh BOOKING SEAT anda terlebih dahulu dengan hantar mesej "Nak Join WA11" ke whatsapp saya di 018-227 6438.


HT Amir
5.11.2014

Day 5 - Mengajar Anak 4 Tahun Bercakap BI di Bilik Mandi

Picture 1 : Ibu bapa kena mulakan bercakap BI

Usia 4 Tahun Sudah TERLALU LEWAT Untuk Ajar Anak Bercakap BI!

Ya, saya setuju. Sepatutnya kita mulakan sewaktu anak masih di dalam perut ibunya. Kemudian terus sambung setelah dia lahir, bayi, toddler dan by the age of 4 sepatutnya anak dah fasih bercakap BI.

TETAPI itulah masalahnya. Semua itu TIDAK BERLAKU. Jadi, takkan nak biarkan sahaja anak tidak pandai bercakap BI?

Jadi saya mengambil pendekatan BETTER LATE THAN NEVER dan bertekad untuk memulakan JOURNEY ini.

Saya akan merekodkan progress anak saya yang berumur 4 tahun ini, bermula dari semalam. Saya berharap QUEST terbaru saya ini akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan sesuatu yang serupa seperti ini dengan anak mereka.

Yang paling penting sekali, saya yakin anak saya yang akan mendapat manfaat terbesar. Baru 2 hari sahaja sudah nampak KESAN POSITIF sebenarnya!

I'm super excited actually!  So, let me share with you the actual things I did and will do with my boy, Azib, born 15th July 2010.


RINGKASAN AKTIVITI HARIAN



Day Number New Words Word/Phrase/Sentence
1 1 I I.
1 2 U You.
2 1 M I am.
2 2 R You are.
3 1 Own name I am Azib.
3 2 Friend's name You are Amir.
4 1 My My finger.
4 2 Your Your finger.
4 3 body My body etc.
5 1 shampoo My shampoo, Your shampoo.

Picture 2 : Amalkan penggunaan new words setiap masa

AMARAN :
1) Apa yang saya akan kongsikan ini hanyalah ilmu asas. Ilmu asas TANPA pembacaan meluas, walaupun hanya ilmu asas boleh mengelirukan. Jadi disarankan agar ibu bapa membeli bahan bacaan tambahan untuk memberi kefahaman kepada diri sendiri sebelum mengajar anak. Bahan yang saya sarankan, yang saya sendiri gunakan dalam ini boleh di dapati dari sini → KLIK SINI UNTUK BELI BUKU GRAMMAR ASAS.

2) Apa yang saya kongsikan di bawah ini BENAR2 TERJADI. Maknanya saya buat bersama anak saya. Tetapi apa yang saya kongsikan hanyalah beberapa minit daripada apa yang sebenarnya berlaku. Maksudnya, saya ajar beberapa minit, tetapi praktikalnya ataupun penggunaanya haruslah berterusan, tidak terhenti semasa kita mengajar anak sahaja. Tuan/Puan akan nampak KESAN drastik pemahaman anak tentang NEW WORDS yang digunakan jika lebih kerap diulang pada masa dan tempat yang berlainan dalam satu hari. Pendeknya, amalkan sahaja pada bila2 masa.


Day 1 - Ajar huruf  I dan huruf  U dahulu.

Caranya : 
1. Tunjuk jari ke dada kita dan ulang sebut "I".
2. Minta anak tiru apa yang kita buat.
3. Tunjuk jari ke dada dia dan ulang sebut "U"
4. Minta anak tiru.
5. Ulang banyak2 kali sampai jadi automatik kpd dia.
6. Akhir sekali tambah simbol , juga menggunakan jari, dengan menyebut I U

New Words: I, You

video


Day 2 - Ajar huruf M dan R pula. 

First sekali, REFRESH memory apa yang dipelajari semalam:
1. Ambil buku ABC dan tunjuk jari ke huruf dan ulang sebut "I".
2. Tunjuk jari ke huruf dan ulang sebut "U"

Today, perkenalkan 2 huruf baru:
1. Tunjuk jari ke huruf dan ulang sebut "M"
2. Now bagitau anak, I kawannya M. Jadi, I....M
3. Tunjuk jari ke huruf dan ulang sebut "R"
4. Now bagitau anak, U kawannya R. Jadi, U....R
5. Ulang banyak2 kali sampai jadi automatik kpd dia.
6. Akhir sekali jadikan LAGU supaya menarik & FUN.

New Words: Am, Are

video

Nota
: Learning is FUN!


Day 3 - Lengkapkan ayat dengan NAMES

First sekali, REFRESH memory apa yang dipelajari sebelum ini:
1. I & U
2. I M & U R

For today:
1. Just tambah nama/name pada I M & U R
cth:
I M Putri
U R Rose

2. Memang agar sukar pada mulanya tapi bila dah diulang-ulang akan jadi biasa

Nota: Hari ini saya kongsikan rakaman student WA10 saya Rose, bersama anaknya Putri.

New Words: "names"


video

Day 4 - Ajar Saya Punya (My) & Awak Punya (Your)

First sekali, REFRESH memory apa yang dipelajari sebelum ini:
1. I & U
2. I M & U R
3. I M Azib & U R Abah

Setelah anak tahu bagaimana nak sebut nama dia dan nama orang yang dia berbual (cth: kita atau kawan dia) iaitu kategori PRONOUNS, kita perkenalkan pula perkataan yang PALING RAPAT dengan dirinya, bermula dengan Bahagian Badannya iaitu kategori NOUNS.

I. .....My
You......Your

I dgn My sama bunyi akhirnya
You dgn Your sama bunyi awalnya
My maksudnya saya punya
Your maksudnya awak punya

Then tunjukkan gambar my body parts di Page 55 Starting English 1 (SE1)


Day 4 : Memperkenal Anggota Badan menggunakan My & Your

Mulakan dengan My......
Sebut My nose
My eyes
My hair and so on
Then mintak anak ulang sebut

Then guna Your ......... pulak
Cth: Sebut Your nose
Your eyes
Your hair and so on
Then minta nak ulang sebut

video

Perhatikan cara saya berbeza dgn cara biasa
Biasanya parents atau cikgu ajar nama bahagian badan sahaja
Tapi kita combine My dgn Your
So that budak tahu penggunaan 2 tajuk grammar sekaligus iaitu Possessive Adjectives and Nouns

New Words: My, Your & parts of the body

Day 5 - Amalkan My & Your di Bilik Mandi

Sekarang kita akan tengok contoh amalan di Bilik Mandi.

First sekali, REFRESH memory apa yang dipelajari sebelum ini:
1. I & U
2. I M & R
3. My nose & Your nose

Day 5 : Mengajar BI di Bilik Mandi

First, ambil shampoo kita, dakap dan katakan "My shampoo"
Next, ambil shampoo anak, berikan kepada dia, minta dia dakap juga dan cakap "My shampoo"
(Ulang aktiviti ini 5x)

Kemudian gunakan jari untuk tunjuk pada shampoo kita sambil kata "Ini my shampoo" dan tunjuk pada shampoo dia sambil kata "Itu your shampoo". Kemudian minta dia ulang pula.
(Ulang aktiviti ini 5x)

Kita akan nampak anak sudah mula rasa EXCITED dan SELESA untuk menggunakan perkataan2 yang baru dipelajarinya sejak beberapa hari lepas.

Good Luck!

p/s: Bilik air hanyalah satu contoh penggunaan. Jika anda ada idea lain, bolehlah kongsikan di ruangan komen.

New Word: Shampoo

To be continued.......

p/s: Sila tinggalkan komen anda di bawah, sama ada perkongsian ini bermanfaat kepada anda atau apa2 juga komen sama ada setuju atau tidak setuju dengan cara saya ini. Segala komen akan diterima dengan hati yang terbuka in shaa Allah. 

Sunday, 2 November 2014

Teknik The SECRET ialah Rahsia SEBENAR Untuk Pandai Bahasa Inggeris


Sebelum ini pernah dibincangkan Soalan tentang "Apakah MAKNA Pandai BI?". Untuk baca jawapan pelajar dewasa saya dan pendapat saya tentang soalan itu, boleh rujuk → SINI.

Hari ini saya ingin berkongsi The Secret to Master English Language, FAST & EASY, sepertimana yang saya ringkaskan dalam diagram di atas.

Apabila saya kongsikan THE SECRET tersebut, majority of my students akan kata mereka TAHU semua tu. Tiada apa yang SECRETnya kata mereka.

Ya, mungkin mereka tahu semua itu, tetapi adakah mereka tahu the REAL SECRET? The real secret bukanlah LSRW kerana itu semua orang tahu. The Real Secret atau Rahsia SEBENAR untuk Pandai BI terdapat pada ayat terakhir dalam diagram tersebut.

Bila saya bagitau begitu, barulah mereka sedar. Sebenarnya mudah atau susah BI itu, rahsianya bukan terletak pada bahasa itu semata-mata, tetapi lebih terletak pada diri seseorang itu sendiri.

The Key = Have FUN and be CONSISTENT, lantas akan menjadi HABITS/TABIAT.

Yang membuatkan kita terasa BI susah, atau mengapa kita tak pandai BI walaupun telah belajar berbelas atau berpuluh tahun sejak sekolah tadika ialah kerana kita tidak mengamalkannya. Kita tidak jadikan membaca dalam BI sebagai hobi. Kita tidak bercakap BI sebagai tabiat yang natural. Kita tidak amalkan mendengar orang Puteh bercakap BI. Bila menonton movie pun kita tak cuba TANGKAP apa yang Mat Saleh tu cakap. Bila menulis, kita malu nak update FB atau dalam Whatsapp guna BI.

Paling TERUK, kita segan dengan diri sendiri untuk cuba berbahasa Inggeris dengan anak2 di rumah. Itu di rumah. Kalau dalam lif atau di restoran, kita langsung tiada hidung nak bercakap dalam BI dengan isteri atau suami atau anak2. Kita TAKUT orang lain kata kita nak berlagak atau perasan macam omputeh.

Pendeknya, RAHSIA Pandai BI terletak dalam tangan kita.

Jadi, carilah 100 cara untuk praktis BI dan praktikkan satu persatu. Kuasai setiap cara sebelum melangkah ke cara seterusnya.

For the record, saya selalu minta Group Pelajar Whatsapp saya untuk senaraikan 100 Cara Praktik BI tersebut. Selalunya mereka ambil masa yang agak panjang untuk lakukannya.

Anda bagaimana? Boleh tak anda senaraikan 100 Cara Praktik BI?


Cuba komen di bawah kalau anda boleh.




Semoga Bermanfaat,

HT Amir
3.11.2014



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...