Pages

Friday 12 December 2014

Nak pandai BI? Berkawanlah dengan Mr Dict!


MR DICT!

Itulah gelaran yang guru Bahasa Inggeris saya di Sekolah Menengah Maxwell (Ms Sandra Nicole Tan) dulu beri kepada Teman Rapat saya. Mr Dict ialah singkatan kepada Mr Dictionary.

Ms Sandra pendorong kepada minat saya berbahasa Inggeris. Sebelum sekolah menengah sepatah haram BI pun saya tak tahu. Selepas Ms Sandra mengajar, minat terhadap BI naik mendadak.

Dictionary atau Kamus sememangnya best friend saya waktu itu, ketika di SAS dan di UK. Tanpa Mr Dict, saya pasti tak pandai2 lagi berbahasa Inggeris. Walaupun saya dapat A2 dalam BI sewaktu SPM, Oral BI saya (conversational English) saya memang menyedihkan. Bolehlah cakap. Orang bolehlah faham. Tapi still tahap amatur. That's why bila straight ke UK lepas SPM, saya "menangis" hampir 3 bulan kat sana, sebab rasa "susah sangat". First few weeks memang tak faham apa Mat Saleh cakap atau cikgu ajar, dengan nak adjust cuaca sejuk lagi...memang tough! Tapi itu cerita lain...

Ironinya kelemahan anak2 kita sekarang masih berpunca daripada keengganan menggunakan Mr Dict!

In other words, tiada sesiapa mengajar anak2 kita agar berdamping dengan Mr Dict. Anak2 kita segan nak berkawan dgn Dict. Yg mereka nak kawan adalah computer games.

Jadi bagaimana mereka nak GROW dalam BI kalau tahap vocabulary masih di takuk lama?

Yang lebih menyedihkan bila ibu bapa (kita?????) sendiri tak pernah ajar anak kita menggunakan Mr Dict?

Adoyai.......macam mana ni? Nak suruh anak jadi pandai, tapi kita tak tunjukkan bagaimana?

Rasanya eloklah kita berubah dulu kan?

JOM BERUBAH!

Jom minat berkawan dengan Mr Dict!

Kalau takde lagi, belilah satu!

Tapi dictionary pun ada macam2 di pasaran....NAK BELI yang MANA SATU ni?

Nak beli yang MURAH ke? Nak beli yang Dwi-Bahasa ke? Nak beli yang Kamus Dewan BM-BI ke? Oxford Fajar bagus ke? Nak beli yang pocket atau yang Oxford Learners yang Tebal tu? Hmmmm dah decided nak beli pun susah jugak, tak tau mana nak PILIH?

2 comments:

  1. Salam. Can you give a suggestion what dictionary I better bought for my children's (elder 8 years old and younger 5 years old ). Thank you.

    ReplyDelete
  2. Nak beli dictionary mana satu ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...