Saturday, 18 July 2015
Anak Lemah Vocab BI? → Gunalah Teknik Sudut Pandang
Apakah itu Teknik Sudut Pandang?
Teknik = Cara Belajar dengan Memfokuskan pada
Sudut = Bahagian Tertentu
Pandang = Arah Mata Kita Melihat
Maksudnya, kita FOKUS pada sudut tertentu yang mata kita sedang lihat.
Kuncinya ialah menggunakan kepintaran Visual dan Kinestetik.
Visual maknanya menggunakan deria penglihatan.
Kinestetik maknanya menggunakan deria sentuhan dan pergerakan fizikal badan.
Apa yang kita nampak, kita TAHU
TAHU bermaksud sedar yang benda itu wujud. Tetapi itu baru tahap pertama kepandaian seseorang dalam sesuatu bidang.
Dalam bidang Vocab BI ini, apabila anak memandang ke sudut bilik tidur contohnya, anak sudah TAHU bahawa ada items tertentu dalam bilik itu. Anak akan mula sedar tentang makna items tersebut dalam BI.
Tetapi PENGETAHUAN tersebut hanyalah dalam bentuk memori jangka pendek. Hari ini tahu. Esok tidak tahu. Hari ini jika ditanya dia akan ingat. Esok ditanya, dia akan lupa. Itulah HALANGAN terbesar anak-anak kita untuk pandai Vocab BI.
Jadi apakah penyelesaiannya?
Teknik Sudut Pandanglah penyelesaiannya.
Friday, 17 July 2015
Anak Tak Suka Belajar BI sebab MEMBOSANKAN? Let's make it FUN!
Jangan kata anak, kita sendiri berasa BOSAN masa belajar BI di sekolah, kolej dan universiti dulu.
Kenapa begitu ya?
Ada 2 sebab utama:
1) Cikgu kita MEMBOSANKAN - sesiapa yang dapat teacher/lecturer yang giler-giler, subjek BI TAK PERNAH membosankan. It's FUN all the way!
2) Kita sendiri MEMBOSANKAN - kita selalu nampak kesalahan dan kekurangan orang. The fact that kita sendiri tak kreatif, kita sendiri malasa nak cari 'CARA' untuk jadikan subjek BI tu menarik, sebenarnya itulah punca utama subjek BI tu membosankan
Pelajar Sekarang Bernasib Baik?
Ada pendapat mengatakan pelajar sekarang bernasib baik kerana ada INTERNET. Di internet seperti di FB, ada pelbagai jenis pages dan groups yang mengajar BI secara kreatif dan gila2 macam saya sebut di atas. Di Youtube sahaja pun ada beribu-ribu video belajar BI yang amat menarik. Itu belum ditambah dengan pelbagai websites dan blogs yang mengajar rahsia English is Fun.
Tapiiiiiiiii......hanya segelintir yang mengambil lauk yang terhidang di depan mata. Mereka seolah-olah hilang deria baru. Merek tidak dapat menghidu makanan lazat yang terhidang. mereka seolah-olah buta. Mereka tidak nampak zat dan kebaikan makanan tersebut.
Mengapa saya berkata begitu? Kerana masih ramai yang MALAS nak berusaha untuk mencari dan menggunakan sumber2 yang ada itu.
Maksudnya, punca utama English itu membosankan masih lagi INDIVIDU itu sendiri. Ya, KITA YANG BERSALAH. Bukan orang lain.
Contohnya, rajah di atas. Tentang adverbs of Frequency. Dalam MBBI ada mengajar tentang ini. Walaupun tulisan dalam MBBI berwarna-warni, a step higher than buku yang tidak berwarna, namun bagi sesetengah orang itu masih membosankan. Mereka mahu something MORE.
Jadi bila saya terlihat rajah di atas dalam satu Page belajar BI di FB, saya pun ambil. Saya design semula dan jadikan rajah itu milik saya. Tiru je. Tak salah. Ilmu tu dari buku pun yang mana asalnya dari Allah juga. Saya hanya make it clearer sahaja. Saya tambah column akhir tentang PECAHAN tu.
Menarik tak? Kalau menarik....saya nak bagitau ni.....TIRU je idea orang lain. make it more FUN. Jadi English AKAN JADI FUN dan TIDAK MEMBOSANKAN!
Pokok pangkalnya KITA!
Ingat tu!
p/s: Do Our Best, Allah will Do The Rest.
Subscribe to:
Posts (Atom)