Pages

Saturday, 18 July 2015

Anak Lemah Vocab BI? → Gunalah Teknik Sudut Pandang


Apakah itu Teknik Sudut Pandang?

Teknik = Cara Belajar dengan Memfokuskan pada
Sudut = Bahagian Tertentu
Pandang = Arah Mata Kita Melihat

Maksudnya, kita FOKUS pada sudut tertentu yang mata kita sedang lihat.

Kuncinya ialah menggunakan kepintaran Visual dan Kinestetik.

Visual maknanya menggunakan deria penglihatan.

Kinestetik maknanya menggunakan deria sentuhan dan pergerakan fizikal badan.

Apa yang kita nampak, kita TAHU

TAHU bermaksud sedar yang benda itu wujud. Tetapi itu baru tahap pertama kepandaian seseorang dalam sesuatu bidang.

Dalam bidang Vocab BI ini, apabila anak memandang ke sudut bilik tidur contohnya, anak sudah TAHU bahawa ada items tertentu dalam bilik itu. Anak akan mula sedar tentang makna items tersebut dalam BI.

Tetapi PENGETAHUAN tersebut hanyalah dalam bentuk memori jangka pendek. Hari ini tahu. Esok tidak tahu. Hari ini jika ditanya dia akan ingat. Esok ditanya, dia akan lupa. Itulah HALANGAN terbesar anak-anak kita untuk pandai Vocab BI.

Jadi apakah penyelesaiannya?

Teknik Sudut Pandanglah penyelesaiannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...