Pages

Wednesday, 29 October 2014

Apakah MAKNA frasa "PANDAI BI"?


Jika ada orang tanya kepada anda soalan di atas, iaitu "Apakah makna PANDAI BI?", apakah jawapan yang akan anda berikan?

Saya beri anda masa 10 saat untuk berikan jawapan. Jika anda tidak dapat beri jawapan, maknanya PANDAI BI tidak memberi apa2 makna kepada anda. Jika anda telah baca jawapan BOCOR dalam gambar di atas, dan anda fikir jawapan anda juga seperti itu, anda terpaksa buat semula soalan lain pula hujung bulan ini! Hehehehe... ;)

Anyway, pada pendapat saya, apa2 sahaja jawapan kepada soalan itu adalah TEPAT! Ini kerana 'PANDAI' itu subjektif. PANDAI itu relatif. Diri kita sendiri yang define apakah itu pandai dan apakah tidak pandai. Walaubagaimanapun menjawab sebegitu, iaitu jawapannya bergantung kepada individu ialah jawapan yang salah ya. Jawapannya mestilah sesuatu yang JELAS, yang menampakkan kepentingan BI itu kepada anda.

Jawapan pula boleh terbahagi kepada TYPE 1 dan TYPE 2.

Contohnya, kepada seorang ibu yang hanya berkelulusan SPM, "Pandai BI" bermakna dia dapat membantu anaknya membuat kerja sekolah anaknya.

Seorang pengurus syarikat antarabangsa pula, "Pandai BI" bermaksud boleh berkomunikasi dengan pembekal dan pelanggan dari seluruh dunia.

Bagi seseorang pelajar, "Pandai BI" bermaksud mendapat A dalam peperiksaan.

Jadi, siapa anda menentukan jawapan TYPE 1.

Jawapan TYPE 2 pula bergantung kepada tahap KESEDARAN anda tentang MAKNA SEBENAR dan peri pentingnya Bahasa Inggeris itu sendiri. Sebagai contoh, student saya Hazril seperti dalam screen capture perbualan Kelas WA10 di atas baru sahaja menyedari apakah MAKNA SEBENAR Pandai BI. Iaitu Pandai BI bermaksud segala-galanya menjadi LEBIH MUDAH dan LEBIH BAIK!

I prefer jawapan TYPE 2 berbanding TYPE 1. Anda bagaimana?




HT Amir
30.10.2014

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...