Monday, 27 October 2014
Salam Oh My English!
Oh My English sinonim dengan BI yang tunggang langgang. Malahan BI yang digunakan dalam OME di Astro juga disusun agar menampakkan penuturnya TIDAK PANDAI BI. Dan ketidak-pandaian ini menjadi modal lawak jenaka. Sigh!
Pelakon berlagak seolah-olah mereka tidak pandai BI manakala penonton akan ketawa, terhibur.
Saya faham konsep OME, iaitu untuk mengajar melalui kesalahan dalam penggunaan bahasa inggeris yang SALAH.
Tetapi, ironinya itulah yang berlaku dalam real life. Kita akan diTERTAWAKAN jika kita silap berbahasa Inggeris. Malahan kita terlalu takut ditertawakan lantas kita terus tidak mahu bercakap dalam BI.
Siapa yang rugi akhirnya? Kita juga.
Jadi, blog ini bertujuan untuk berkongsi rahsia2 Pandai BI yang dah lama tersimpan. Rahsia yang kebanyakan daripada kita TAHU tetapi BUAT2 TAK TAHU. Rahsia yang MUDAH tetapi disangka SUSAH. Dan banyak lagi isu2 lain tentang subjek "PANDAI BI".
Jadi, teruskan membaca....jika anda ingin tahu apakah rahsia2 tersebut.
See you in next posting!
Bye.
Home Tutor Amir,
28th Oct 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment