Pages

Wednesday, 5 November 2014

Apa Nak BUAT Jika Anak Tahun 5 LEMAH Bahasa Inggeris?


Ada DUA masalah yang kita boleh terus nampak di sini, iaitu:
1) Anak LEMAH BI
2) Emak pun sama LEMAH BI, lantas tidak dapat membantu anaknya belajar

Mungkin ada banyak FAKTOR lain yang menjadi PUNCA kepada masalah tersebut tetapi tidak mungkin kita dapat mengetahuinya. Tetapi tidak mengapa, kerana setiap orang ada masalah masing-masing.

Yang penting kita perlu percaya bahawa walau APAPUN masalah yang kita hadapi, selagi kita ada MASA dan selagi kita sanggup BERUSAHA, masalah tersebut PASTI BOLEH DIATASI.

Jadi apa yang perlu dibuat sebenarnya jika kita mengalami masalah seperti di atas? Dahlah anak lemah BI, kita sendiri pun lemah, jadi tak dapatlah kita nak bantu anak.

Apa yang BOLEH kita buat?

Saranan saya:

1. First sekali kita analisa masalah kita. Kita get to basics. Kita tengok apa salah kita. Apa kekurangan kita dalam mendidik anak kita. Pasti ada. Saya sendiri ada. Jadi kita kena IKHLAS dan JUJUR dengan diri sendiri. Senaraikan semua kekurangan yang mungkin menjadi FAKTOR kepada KELEMAHAN anak dalam Bahasa Inggeris ini.
2. Menyenaraikan kelemahan bukanlah untuk menjatuhkan semangat. Sebaliknya untuk memperbaiki. Jadi perbaikilah setakat yang mampu. Buat satu demi satu. Buat mana yang mudah dahulu.
3. FOLLOW Blog ini! WAJIB. Bukan kerana blog ini yang terbaik tetapi kerana blog ini FOKUS kepada masalah ini, terutamanya jika anda ada anak yang berumur 11 tahun dan tahun hadapan akan ambil UPSR.
4. MONITOR perkembangan anak. Apa yang nak kita monitor? Saya akan terangkan selepas ini.

Now saya nak mula kelas pagi Whatsapp BI.....so, to be continued ya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...