Pages

Tuesday 9 December 2014

Rahsia Pandai BI dengan hanya menggunakan Bahan Bacaan Termurah


Banyak orang yang merungut TIDAK MAMPU untuk membeli bahan bacaan Bahasa Inggeris. Kebanyakannya mahal-mahal belaka.

Seperti biasa, hendak seribu saya. Tidak mahu seribu dalih. Jika kita benar-benar ingin Pandai BI, kita sepatutnya menggunakan bahan2 yg ada di sekeliling kita.

Sebagai contohnya, dengan hanya RM1.50 kita boleh membeli The Star yang padat dengan bahan berkualiti yang dapat membantu kita meningkatkan penguasaan BI kita dalam masa yang singkat!

Itupun kalau kita MAHU!

OK, katalah kita mahu. Katalah anda mahu.

Bagaimana caranya?

Adakah dengan membaca sahaja?

Jawapannya, YES and NO.

YES jika anda istiqomah

NO jika anda hangat2 tahi ayam.

Jika hanya bersemangat separuh jalan, hanya kerana mengikut-ikut orang atau saranan blog ini, usaha anda tidak akan bermakna.

Tapi jika anda tahu CARA SEBENAR untuk menggunakan akhbar The Star ini, anda akan kekal bersemangat dan BI anda akan improve drastically and in NO TIME AT ALL!

Begini caranya......

STEP 1

1 - Sediakan kamus di sebelah anda setiap masa, atau jika ada internet, get ready to google atau lebih baik lagi guna Cambridge Online Dictionary

2 - Tak perlu baca! Hah? Tak perlu baca? Ya, tak perlu baca berita pun. Anda hanya perlu baca semua tajuk besar dan tajuk kecil sahaja. Baca dan baca dan baca.

3 - Sambil baca titles, pastikan ada sebatang pen atau highlighter di tangan. Setiap perkataan dalam titles yang anda tak faham, gariskan/highlightkan dan cari makna terus.

4 - Tulis makna perkataan tu di atas perkataan asal.

5 - Teruskan membaca semua titles. Ulangi langkah 3 & 4 sampai muka surat belakang.



Itu sahaja STEP 1.

Jika anda BERJAYA buat STEP 1, komen di ruangan komen di bawah. Saya akan reveal STEP 2 and STEP 3.

Jika tiada komen, bermakna tiada orang yang berminat untuk tahu RAHSIA ini.




GOOD LUCK!

6 comments:

  1. salam tuan..akan sy kongsikan teknik ini dgn anak sy..terima kasih en Amir

    ReplyDelete
  2. saya dah buat cikgu...... :)

    ReplyDelete
  3. sya akn cuba praktikkan utk ank sya..harap dpt tahu step seterusnya..

    ReplyDelete
  4. Bang, tambah modal lagi RM7 saja. Beli buku "Easy English" karya Puan Nor Bi. Anak-anak murid saya yang PMR dapat E/gagal, yang ujian bulanan/pertengahan/akhir tahun Bahasa Inggeris dapat G (GAGAL) telah berjaya lulus dalam SPM. hasil daripada menggunakan buku "Easy English", yang dapat G, SPM dapat E - selama ini gagal, E pun dah cukup bagus. Bagi mereka yang rajin sikit, kebanyakan dapat D. Ada yang mengejutkan dapat C!!!. Arahan dalam buku tu menggunakan Bahasa Melayu. Cari je kat kedai buku di Carrefour/Aeon Big mana-mana. Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Salam..cikgu ada sediakan kelas tuisyen samada di luar @ di rumah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...