Setiap orang ada jawapan, pandangan dan pendapat sendiri. Berikut ialah pandangan saya......
Saya dah LAMA bersetuju dengan pendekatan mengajar BI menggunakan BM. Sejak sekolah lagi. Kerana saya berasal dari keluarga yang tak menggunakan BI sepatah pun di rumah. The only opportunity to learn English hanyalah melalui SUBTITLES di kaca TV.
Walaubagaimanapun, kerana ditakdirkan dengan beberapa insan yang sudi menunjuk 'jalan' bagaimana saya boleh 'pandai BI' dengan menggunakan kepandaian BM saya, terutamanya semasa di sekolah menengah, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.
Dipendekkan cerita, pandangan saya ini mula bercambah sewaktu saya mula menjadi Home Tutor sepenuh masa pada tahun 2012. Saya dapati, jika nak ajar BI kepada pelajar Melayu Malaysia, maka saya guna BM. Mereka lebih faham. Sebaliknya sekiranya saya nak mengajar BM kepada pelajar Melayu 'Overseas' iaitu anak Melayu yang baru pulang dari perantauan setelah tinggal di sana selama beberapa tahun, maka lebih sesuai menggunakan BI kerana mereka lebih faham BI berbanding BM. Saya hanya perlu translate dan membuat mereka faham satu perkara penting iaitu.....
"BM & BI adalah Bahasa Kembar!"
Itu pendapat saya. Bukan saya cedok dari orang lain. Saya truly believe that is TRUE. Ada beberapa perbezaan tapi ada banyak persamaan, Jadi bagi saya, kalau nak pandai BM dan dah pandai BI, amat mudah! Begitu juga sebaliknya, kalau nak pandai BI dan dah pandai BM, amat mudah juga!
Pendapat saya ini semakin kuat dan menjadi-jadi sewaktu saya membuka FB Page Jom Belajar Bahasa Inggeris Guna Bahasa Melayu pada tahun 2013.
Penghujung 2013 saya memulakan Group Whatsapp BI untuk berbincang 100% menggunakan BI. Group itu amat berjaya. Rata2 suka kerana berpeluang berkomunikasi dalam BI. Tetapi sebanyak mana yang joined, sebanyak itu juga yang LEFT GROUP kerana tak faham sepatah pun apa yang dibincangkan!
Maknanya dahlah mereka TAK FAHAM dan TAK SUKA BI, kemudian dipaksa guna BI, terus mereka hilang minat.
Berdasarkan pemerhatian itu saya set up Kelas Belajar BI guna BM menggunakan Whatsapp pada pertengahan tahun 2014. Sambutan amat menggalakkan walaupun kelas berbayar, sebanyak RM10 sebulan. Kelas hanya pada waktu pagi. Sejam sahaja. Setiap hari bekerja. Sambutan terlampau bagus sehinggakan saya membuka 2 atau 3 kelas WA serentak!
Bayangkan, pada masa yang sama, iaitu 8 hingga 9 pagi, I was handling 3 or 4 classes simultaneously!
Kemudian pada penghujung 2014 keluar artikel bertajuk seperti gambar di atas, yang menampilkan Felo Penyelidik Kanan Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Emeritus Isahak Haron, ketua pasukan kajian mengenai pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang kemudiannya ditamatkan pada tahun 2010. → Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/15252
Artikel di atas hanya MENGESAHKAN pemerhatian saya. Saya bertambah YAKIN yang pendekatan saya betul!
Jikalau tidak, masakan kelas Whatsapp kelolaan saya sudah bertahan selama 1 tahun, dengan 11 kelas Whatsapp dan kini telah berpindah ke Kelas Telegram Messenger yang dah bertahan selama 4 bulan? Malahan kos Kelas BI TM lebih mahal drpd Whatsapp iaitu RM22 sebulan!!!
Pertama sekali, pendekatan ini membuatkan para pelajar saya yang rata-ratanya orang dewasa yang sudah bekerja atau surirumah menjadi MINAT untuk belajar. Kemudian mereka berasakan P&P begini mudah difahami.
Yang terbaharu, Ahad lepas saya berkesempatan mendengar talk sewaktu Bengkel Teknik Menjawab BI oleh Guru Pemeriksa Kertas. Guru itu sendiri memberitahu bahawa untuk pelajar lemah, teknik berfikir dalam BM kemudian tukar ke BI adalah AMAT SESUAI dan yang TERBAIK untuk membantu pelajar mendapat markah yang banyak melalui PENCERITAAN kerana yang dicari oleh pemeriksa kertas ialah CONTENTS atau JALAN CERITA, Grammar jatuh nombor dua!
Saya bersetuju dengan beliau kerana MASALAH UTAMA anak-anak Melayu adalah kerana KEKURANGAN IDEA, Hanya dengan berfikir dalam bahasa sendiri, untuk mencari idea sebagaimana mereka lancar berfikir dan menulisa dalam Penulisan Karangan BM, begitu jugalah dalam BI, boleh mereka lakukan! Sesudah mendapat idea jalan cerita, barulah tukar ke BI menggunakan Ayat Mudah sahaja supaya tidak banyak berlaku kesilapan.
Hah! That's SOOOOO TRUE!
Jadi kalau ada pendapat yang mengatakan tidak boleh atau tidak sesuai mengajar BI menggunakan BM, saya suka nak dengar Case Studies dan Pengalaman orang tersebut. Kongsi ilmu sahaja.....no harm!
Anda pula, apakah pendapat anda?
Jom kongsikan pandangan anda tentang isu ini di ruangan komen di bawah ini.
Terima kasih kerana membaca.
Yang baik itu daripada Allah
Segala kekurangan itu berpunca daripada saya sendiri.
Wallahua'lam.
Tuesday, 11 August 2015
Saturday, 18 July 2015
Anak Lemah Vocab BI? → Gunalah Teknik Sudut Pandang
Apakah itu Teknik Sudut Pandang?
Teknik = Cara Belajar dengan Memfokuskan pada
Sudut = Bahagian Tertentu
Pandang = Arah Mata Kita Melihat
Maksudnya, kita FOKUS pada sudut tertentu yang mata kita sedang lihat.
Kuncinya ialah menggunakan kepintaran Visual dan Kinestetik.
Visual maknanya menggunakan deria penglihatan.
Kinestetik maknanya menggunakan deria sentuhan dan pergerakan fizikal badan.
Apa yang kita nampak, kita TAHU
TAHU bermaksud sedar yang benda itu wujud. Tetapi itu baru tahap pertama kepandaian seseorang dalam sesuatu bidang.
Dalam bidang Vocab BI ini, apabila anak memandang ke sudut bilik tidur contohnya, anak sudah TAHU bahawa ada items tertentu dalam bilik itu. Anak akan mula sedar tentang makna items tersebut dalam BI.
Tetapi PENGETAHUAN tersebut hanyalah dalam bentuk memori jangka pendek. Hari ini tahu. Esok tidak tahu. Hari ini jika ditanya dia akan ingat. Esok ditanya, dia akan lupa. Itulah HALANGAN terbesar anak-anak kita untuk pandai Vocab BI.
Jadi apakah penyelesaiannya?
Teknik Sudut Pandanglah penyelesaiannya.
Friday, 17 July 2015
Anak Tak Suka Belajar BI sebab MEMBOSANKAN? Let's make it FUN!
Jangan kata anak, kita sendiri berasa BOSAN masa belajar BI di sekolah, kolej dan universiti dulu.
Kenapa begitu ya?
Ada 2 sebab utama:
1) Cikgu kita MEMBOSANKAN - sesiapa yang dapat teacher/lecturer yang giler-giler, subjek BI TAK PERNAH membosankan. It's FUN all the way!
2) Kita sendiri MEMBOSANKAN - kita selalu nampak kesalahan dan kekurangan orang. The fact that kita sendiri tak kreatif, kita sendiri malasa nak cari 'CARA' untuk jadikan subjek BI tu menarik, sebenarnya itulah punca utama subjek BI tu membosankan
Pelajar Sekarang Bernasib Baik?
Ada pendapat mengatakan pelajar sekarang bernasib baik kerana ada INTERNET. Di internet seperti di FB, ada pelbagai jenis pages dan groups yang mengajar BI secara kreatif dan gila2 macam saya sebut di atas. Di Youtube sahaja pun ada beribu-ribu video belajar BI yang amat menarik. Itu belum ditambah dengan pelbagai websites dan blogs yang mengajar rahsia English is Fun.
Tapiiiiiiiii......hanya segelintir yang mengambil lauk yang terhidang di depan mata. Mereka seolah-olah hilang deria baru. Merek tidak dapat menghidu makanan lazat yang terhidang. mereka seolah-olah buta. Mereka tidak nampak zat dan kebaikan makanan tersebut.
Mengapa saya berkata begitu? Kerana masih ramai yang MALAS nak berusaha untuk mencari dan menggunakan sumber2 yang ada itu.
Maksudnya, punca utama English itu membosankan masih lagi INDIVIDU itu sendiri. Ya, KITA YANG BERSALAH. Bukan orang lain.
Contohnya, rajah di atas. Tentang adverbs of Frequency. Dalam MBBI ada mengajar tentang ini. Walaupun tulisan dalam MBBI berwarna-warni, a step higher than buku yang tidak berwarna, namun bagi sesetengah orang itu masih membosankan. Mereka mahu something MORE.
Jadi bila saya terlihat rajah di atas dalam satu Page belajar BI di FB, saya pun ambil. Saya design semula dan jadikan rajah itu milik saya. Tiru je. Tak salah. Ilmu tu dari buku pun yang mana asalnya dari Allah juga. Saya hanya make it clearer sahaja. Saya tambah column akhir tentang PECAHAN tu.
Menarik tak? Kalau menarik....saya nak bagitau ni.....TIRU je idea orang lain. make it more FUN. Jadi English AKAN JADI FUN dan TIDAK MEMBOSANKAN!
Pokok pangkalnya KITA!
Ingat tu!
p/s: Do Our Best, Allah will Do The Rest.
Thursday, 7 May 2015
Nak Pandai Tulis Esei BI, gunalah Teknik Salin Karangan BerVISI
"Boleh Pandai Menulis Esei BI dengan hanya menyalin karangan?".........TAK CUKUP! Tak cukup sekadar nak menyalin esei orang lain.....PERCAYALAH!
Teknik Salin Karangan BerVisi Memantapkan Penulisan Pelajar
Teknik ini AMAT BERKESAN!
Saya yang menciptanya.
Tapi Allah yang memberi ilham kpd saya
Jadi saya amat berbesar hati sekiranya sesiapa pun nak gunakan teknik ni di sekolah atau pusat tuisyen atau home tuition
Gunalah
Asalkan anak2 kita lebih bijak menulis sama ada BM atau BI!
p/s: Kalau anda dah dengar tentang Teknik ni, gunakanlah. Cubalah dgn anak2.Jangan biarkan sahaja. Sharelah dengan rakan2. Sebarkan kebaikan. In shaa Allah ada pahala yang menanti....
Berbalik kepada persoalan/tajuk blog post yang ni .......Tak cukup sekadar nak menyalin esei orang lain kalau nak pandai Penulisan BI
Pertama sekali, itu MYTH terbesar selama ini. Kita ingat kita suruh anak salin contoh essay je, dia akan jadi Pandai?
Eikkkkkkkk! It's not like that at all!
Kalau setakat 'menyalin contoh essays' dah boleh jadi Pandai dalam Penulisan BI, pastinya dah RAMAI pelajar yang pandai!
Tapi HAKIKATNYA masih ramai yang nak dapat 50% dalam essay mereka pun susah! Kenapa?
Hah, di sini saya akan kongsikan RAHSIANYA. Saya akan kongsikan Teknik Menyalin Essays yang BERKESAN.
Bukan setakat menyalin sahaja, tetapi ada STEPS/LANGKAH2 lain yang perlu dibuat.
STEP 1 : Sediakan writing pad atau test pad atau buku karangan yang besar tu. Kalau takde jugak, buku apa pun boleh. Asalkan besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu TAKKAN JADI sebab itu menunjukkan cita2 kecik. Biar buku besar, jadi cita2 pun besar. Di sini lah BEZAnya Teknik saya dengan Teknik menyalin karangan yang biasa tu. Bagi saya, GIMIK tu penting. Biar buku nak salin tu BESAR, selari dengan hati kita yang BESAR nak tengok anak jadi pandai BI dan kesannya akan membuatkan semangat anak kita BESAR untuk berjaya. Bagi saya juga, saya cari DIARI LAMA2 kat kedai alatulis yang mereka dah tak boleh jual. Dah tak laku. So saya beli murah2 daripada tokey kedai. Dapatlah dalam RM4/5 untuk diari lama yang tebal lebih 300 m/s saiz F4. Saya namakan buku saya itu Big Blue Book (BBB) sebab kebetulan cover-nya berwarna biru.
STEP 2 : Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk Tahun 4 5 6. Katalah takde duit nak beli buku ni, jangan delay niat nak gunakan teknik saya nak ajarkan ni. Guna buku apa pun boleh, buku aktiviti pun boleh, yang jenis ada Cadangan Jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang diberikan. Cari buku yang ada soalan Section C (kalau UPSR) dan tengok contoh jawapan. Mulakan dari situ.
STEP 3 : Minta anak salin sahaja word by word dari contoh karangan tu. OK, now di sini satu lagi perbezaan teknik saya dengan teknik orang lain. Di sini saya minta anak murid saya untuk salin AYAT DEMI AYAT, bukan words demi words. Maksudnya baca satu ayat, cuba masukkan dalam Memori Jangka Pendek dan salin ke dalam BBB tanpa melihat lagi pada ayat dalam karangan. Ulang sebut kuat2 setiap ayat sehingga siap salin. Pendeknya kemahiran belajar cara Visual, Auditori dan Kinestetik (VAKs) telah dilakukan serentak dalam teknik ini. Anak sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk salin karangan pendek seperti dalam contoh di atas. Jika lebih lama daripada itu bermakna anak kita mengelat!
STEP 4 : Now it gets more interesting. Pastikan anda dah belikan highlighter untuk anak. Pilihlah salah satu warna untuk highlight-kan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru sahaja disalin tadi. Kalau saya, saya suka warna OREN sebab warnanya terang dan jelas. Pada tahap ini, anak tidak boleh bertanya kepada anda yang mana satu verbs atau nak dapatkan kepastian sama ada sesuatu word itu verb ataupun tidak. Anda kena keras hati. Minta dia buat sendiri.
STEP 5 : Jangan tanda dulu jawapan anak. Now minta dia tuliskan semula apa yang dia tahu, dalam bentuk NOTA, tentang Apakah itu Verbs dan apakah JENIS2 Verbs. Barulah betul2 menguji pemahaman anak tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia baru sahaja salin membuta tuli sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir./ Sebagai contoh, gambar di atas, anak saya membuat notanya di bawah essay yang disalin. Not bad sebab hampir separuh jawapan yang saya nak, ada dalam notanya.
STEP 6 : Now baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya anda sendiri MESTI tahu yang manakah verbs dan yang mana bukan. Jika anda tak pasti, mudah sahaja, guna Cambridge Online Dictionary. Ini dictionary favourite saya. Memang terbaik! Nak perbezaan ejaan dan bunyi UK dan US English ada, nak contoh ayat ada, dan nak penerangan lanjut tentang sesuatu perkataan pun ada! Jika anak anda telah warnakan verb yang betul, tanda BETUL dan jika tertinggal, anda bulatkan sahaja verb tersebut dengan menggunakan pen merah.
STEP 7 : Terangkan kepada anak KENAPA dia salah dan kenapa dia tertinggal beberapa verbs. Caranya adalah dengan mengajarnya tentang jenis2 verbs yang betul. Again, anda kena tahu apakah itu verbs dan jenis2 verbs. Selepas diajar, anak akan menjadi lebih confident, jadi baru boleh minta anak ulang STEP 1 hingga STEP 4 bagi essay yang baru. Contohnya seperti di bawah ini.
Dalam Essay #2 ini anak saya telah pelajari daripada kesilapan dalam Essay #1 tetapi masih ada yang tertinggal dan tersilap. Tidak mengapa. Jangan marah dia. Sebab dia BELUM TAHU. Sebab dia masih belum jelas apa itu verbs. Explain lagi. Bantu dia lagi. Akan ada keadaan di mana ada JENIS VERBS yang BARU, yang dalam Essay #2 ni baru muncul, seperti Root Verb selepas 'To' iaitu 'To+Infinitive'. Maka ambil kesempatan ini untuk ajar dia ilmu baru. Ilmu bukan semuanya dapat diturunkan sekaligus atau pada satu masa sahaja. Jika begitu, pembelajaran tidak berlaku secara semulajadi. Hanya apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara semulajadi, maka kesan pembelajaran akan dapat dimaksimumkan.
Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal juga. Hanya kerana anak kita tidak jelas dengan Parts of Speech. Jadi keran ingatkan dia lagi dan lagi dan lagi.
Seterusnya, kita dah boleh sambung dengan Essay #3. Anda akan dapati bahawa ilmu anak semakin meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di samping itu, dia juga nampak semakin confident dengan dirinya kerana jauh di sudut hatinya dia mula berasa PANDAI. Dia mula merasakan betapa mudahnya BI ni.
Nah, itu baru sahaja 3 kali salinan. Bayangkan jika 100x, atau 300x atau 10,000x!
Agak2 anak kita akan PANDAI atau masih tidak pandai seperti teknik salin SAHAJA, macam yang kita minta mereka buat sebelum2 ini?
Anda tahu jawapannya.
Jadi, jom buat!
Please comment jika anda suka/tidak suka dan setuju/tidak setuju dengan apa yang saya tuliskan di sini.
Assalam.
Note 1:
Nantikan TIPS seterusnya selepas ini iaitu bagaimana untuk menggunakan VERBS yang telah di-highlight-kan dalam AYAT SENDIRI pula. Maksudnya bagaimana banyak2 VERBS yang dikenalpasti dalam setiap essays yang disalin boleh diSERAPkan ke dalam otak anak kita dan boleh digunakan olehnya semasa menulis essay dia sendiri sewaktu latihan kendiri dan semasa exam?
Nantikan jawapannya ya...........
UPDATE : 7.7.2016.
==============
Baca SAMBUNGAN posting ini (Part 2) di sini → http://rahsiapandaibi.blogspot.my/2016/07/nak-pandai-tulis-esei-bi-gunalah-teknik.html
Note 2 : Dapatkan EBOOK Panduan Bantu Anak Hadapi UPSR 2017
=========================================
ANAK AMBIL UPSR 2017 & PERLU BANTUAN?
=========================================
❓Anak anda akan ambil exam UPSR tahun depan?
❓Anda dah TAHU APA NAK BUAT?
❓Untuk bantu anak BERSEDIA?
❓Untuk hadapi exam TERBESAR dalam hidupnya?
.
..........Jika anda TIDAK TAHU,
...........Jika anda INGIN TAHU,
...........Jika anda INGIN BERMULA AWAL,
❤ Mungkin ebook saya ini boleh membantu:
❗ Dapatkan EBOOK Panduan Bantu Anak Bersedia Untuk Menghadapi UPSR 2017
❗ Hanya 364 Hari lagi nak UPSR
❗ Bayangkan 334 hari berlalu TANPA BUAT APA2
❗ Tinggallah 30 Hari sahaja lagi
❗ Kemudian tak buat apa lagi, selama 3 minggu!
.
Apa nak jadi dengan anak anda dalam dewan nanti?
========================================
❌ Jangan tunggu 7 hari sebelum UPSR baru nak bantu anak.
✔ 364 Hari sebelum UPSR masih banyak masa.
✔ Lebih banyak daripada 7 hari!!!!
BAGAIMANA UNTUK MEMBELI?
========================
Jika anda berminat untuk BELI, boleh isikan borang Pesanan di Google Form di bawah ini → http://goo.gl/iQUHqX
.
JUDUL EBOOK
=============
Panduan Lengkap Ibu Bantu Anak Bersedia Di Rumah, 365 Hari Sebelum UPSR 2017.
*Bonus 1 : Pendekatan Teknik Belajar Abad 21
.
SINOPSIS EBOOK
===============
Sebuah Rancangan Harian yang Praktikal dan menyeluruh.
Sebuah panduan langkah demi langkah, hari demi hari tentang apakah yang perlu dilakukan oleh ibu atau bapa yang ingin memBANTU anak belajar dan bersedia untuk UPSR di RUMAH.
IBu bapa yang biasa-biasa akan PANIK bila mendengar “UPSR hanya tinggal 7 hari sahaja lagi” tapi ibu bapa LUAR BIASA akan tersenyum kerana mereka sudah bersedia awal.
.
Bagi yang tak pernah bersedia atau masih BELUM bersedia, anda nak buat APA?
.
Jika persoalan itu bermain di fikiran anda, inilah buku panduan yang anda PERLUKAN!
.
TESTIMONI
==========
Berkesan ke ebook ni? Ya. Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 2015. Kemudian diterbitkan sekali lagi pada tahun 2016. Hampir 100 pembeli 2015 dan lebih 100 pembeli Tahun 2016 yang menggunakannya amat berpuashati dan memberi testimoni yang ebook ini telah banyak membantu mereka. Baca Testimoni di blog ini → http://goo.gl/iQUHqX
.
HARGA:
=======
RM100.00
Ebook akan diemelkan sehari selepas pembayaran.
Kemaskini ebook akan dihantar SETIAP MINGGU
.
PERHATIAN:
===========
'Ebook' bermakna dalam bentuk pdf ataupun softcopy. Bukan dalam bentuk fizikal. Harap maklum. TIADA BUKU FIZIKAL. Hanya untuk dibaca di computer/tablet/hp. Sekiranya ingin dijadikan bentuk fizikal, boleh dicetak untuk kegunaan sendiri.
NAK TENGOK ISI DALAM?
======================
Apa kata anda cuba baca dan lihat 7 Hari Pertama Panduan dalam ebook 365.
Klik sini → http://goo.gl/q5yBuK
.
BAGAIMANA UNTUK MEMBELI?
========================
Jika anda berminat untuk BELI, Sila bank in RM100 ke akaun Maybank Amir Hamdzan Hamzah bernombor 5142 0861 5344 dan WhatsApp ke 011-2882 0890 atau emailkan ke hometutoramir@gmail.com. Kemudian, sila isikan borang Pesanan di Google Form di bawah ini → http://goo.gl/iQUHqX
Subscribe to:
Posts (Atom)