Pages

Tuesday, 11 August 2015

Yang mana satu lebih sesuai? Ajar BI guna BI atau ajar BI guna BM?

Setiap orang ada jawapan, pandangan dan pendapat sendiri. Berikut ialah pandangan saya......

Saya dah LAMA bersetuju dengan pendekatan mengajar BI menggunakan BM. Sejak sekolah lagi. Kerana saya berasal dari keluarga yang tak menggunakan BI sepatah pun di rumah. The only opportunity to learn English hanyalah melalui SUBTITLES di kaca TV.

Walaubagaimanapun, kerana ditakdirkan dengan beberapa insan yang sudi menunjuk 'jalan' bagaimana saya boleh 'pandai BI' dengan menggunakan kepandaian BM saya, terutamanya semasa di sekolah menengah, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

Dipendekkan cerita, pandangan saya ini mula bercambah sewaktu saya mula menjadi Home Tutor sepenuh masa pada tahun 2012. Saya dapati, jika nak ajar BI kepada pelajar Melayu Malaysia, maka saya guna BM. Mereka lebih faham. Sebaliknya sekiranya saya nak mengajar BM kepada pelajar Melayu 'Overseas' iaitu anak Melayu yang baru pulang dari perantauan setelah tinggal di sana selama beberapa tahun, maka lebih sesuai menggunakan BI kerana mereka lebih faham BI berbanding BM. Saya hanya perlu translate dan membuat mereka faham satu perkara penting iaitu.....

"BM & BI adalah Bahasa Kembar!"

Itu pendapat saya. Bukan saya cedok dari orang lain. Saya truly believe that is TRUE. Ada beberapa perbezaan tapi ada banyak persamaan, Jadi bagi saya, kalau nak pandai BM dan dah pandai BI, amat mudah! Begitu juga sebaliknya, kalau nak pandai BI dan dah pandai BM, amat mudah juga!

Pendapat saya ini semakin kuat dan menjadi-jadi sewaktu saya membuka FB Page Jom Belajar Bahasa Inggeris Guna Bahasa Melayu pada tahun 2013.

Penghujung 2013 saya memulakan Group Whatsapp BI untuk berbincang 100% menggunakan BI. Group itu amat berjaya. Rata2 suka kerana berpeluang berkomunikasi dalam BI. Tetapi sebanyak mana yang joined, sebanyak itu juga yang LEFT GROUP kerana tak faham sepatah pun apa yang dibincangkan!

Maknanya dahlah mereka TAK FAHAM dan TAK SUKA BI, kemudian dipaksa guna BI, terus mereka hilang minat.

Berdasarkan pemerhatian itu saya set up Kelas Belajar BI guna BM menggunakan Whatsapp pada pertengahan tahun 2014. Sambutan amat menggalakkan walaupun kelas berbayar, sebanyak RM10 sebulan. Kelas hanya pada waktu pagi. Sejam sahaja. Setiap hari bekerja. Sambutan terlampau bagus sehinggakan saya membuka 2 atau 3 kelas WA serentak!

Bayangkan, pada masa yang sama, iaitu 8 hingga 9 pagi, I was handling 3 or 4 classes simultaneously!

Kemudian pada penghujung 2014 keluar artikel bertajuk seperti gambar di atas, yang menampilkan Felo Penyelidik Kanan Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Emeritus Isahak Haron, ketua pasukan kajian mengenai pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang kemudiannya ditamatkan pada tahun 2010. → Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/15252

Artikel di atas hanya MENGESAHKAN pemerhatian saya. Saya bertambah YAKIN yang pendekatan saya betul!

Jikalau tidak, masakan kelas Whatsapp kelolaan saya sudah bertahan selama 1 tahun, dengan 11 kelas Whatsapp dan kini telah berpindah ke Kelas Telegram Messenger yang dah bertahan selama 4 bulan? Malahan kos Kelas BI TM lebih mahal drpd Whatsapp iaitu RM22 sebulan!!!

Pertama sekali, pendekatan ini membuatkan para pelajar saya yang rata-ratanya orang dewasa yang sudah bekerja atau surirumah menjadi MINAT untuk belajar. Kemudian mereka berasakan P&P begini mudah difahami.

Yang terbaharu, Ahad lepas saya berkesempatan mendengar talk sewaktu Bengkel Teknik Menjawab BI oleh Guru Pemeriksa Kertas. Guru itu sendiri memberitahu bahawa untuk pelajar lemah, teknik berfikir dalam BM kemudian tukar ke BI adalah AMAT SESUAI dan yang TERBAIK untuk membantu pelajar mendapat markah yang banyak melalui PENCERITAAN kerana yang dicari oleh pemeriksa kertas ialah CONTENTS atau JALAN CERITA, Grammar jatuh nombor dua!

Saya bersetuju dengan beliau kerana MASALAH UTAMA anak-anak Melayu adalah kerana KEKURANGAN IDEA, Hanya dengan berfikir dalam bahasa sendiri, untuk mencari idea sebagaimana mereka lancar berfikir dan menulisa dalam Penulisan Karangan BM, begitu jugalah dalam BI, boleh mereka lakukan! Sesudah mendapat idea jalan cerita, barulah tukar ke BI menggunakan Ayat Mudah sahaja supaya tidak banyak berlaku kesilapan.

Hah! That's SOOOOO  TRUE!

Jadi kalau ada pendapat yang mengatakan tidak boleh atau tidak sesuai mengajar BI menggunakan BM, saya suka nak dengar Case Studies dan Pengalaman orang tersebut. Kongsi ilmu sahaja.....no harm!

Anda pula, apakah pendapat anda?

Jom kongsikan pandangan anda tentang isu ini di ruangan komen di bawah ini.

Terima kasih kerana membaca.

Yang baik itu daripada Allah
Segala kekurangan itu berpunca daripada saya sendiri.

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. bagaimana sy boleh join whatsapp tu.. ??

    ReplyDelete
  2. kebetulan... saya sama seperti anonymous di atas... saya pun nak join whatsapp or telegram group tersebut...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...