Friday, 24 June 2016
Teknik Nak Pandai Idioms atau Proverbs
Pertama sekali, gambar apa ni?
Ini kertas soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Tahun 6.
Soalan Proverbs ni hanya SATU sahaja. Memang macam tak penting untuk dikuasai. Tapi bagi saya amat penting kerana:
1) Setiap markah itu bermakna. Mungkin 1 markah itu menjadi penentu Gred A atau B.
2) Pelajar digalakkan untuk menggunakan Proverbs dan Idioms dalam essays mereka untuk "mencantikkan bahasa" mereka. Fungsinya sama seperti Peribahasa. Tak digunakan dalam karangan tak mengapa, tapi jika digunakan, akan mendapat markah EXTRA yang membezakan Pelajar Sederhana dan Excellent.
Jadi, apakah TEKNIK nak Belajar Idioms ni? Ada Teknik Ke?
Ya, ADA.
Jika tuan puan perhatikan dalam gambar di atas, ada 9 Teknik yang saya senaraikan.
Sebenarnya ada satu gambar lagi sebelum gambar di atas iaitu senarai 50 Idioms. Saya minta pelajar saya HAFAL dalam masa seminggu. Tetapi selepas seminggu, satu pun dia tak hafal. In fact dia TAK MENCUBA langsung untuk hafal.
Jadi saya DENDA dia ketuk ketampi 5x untuk setiap idioms yang tidak dihafal. Total 250 kali.
KEJAM KE SAYA?
Wajib ke Hafal Idioms ni?
Bagi saya, YA. WAJIB HAFAL.
Tapi bukan hafal semborono ya. Ada tekniknya.
Seperti yang saya contengkan di atas tu.
1. Kenalpasti Kata Kunci dalam Idioms
2. Cari makna
3. Cari Kaitan
4. Lukis
Maka akan berlakulah proses penukaran STM kepada LTM. Barulah akan ingat dan faham.
Semoga perkongsian ni bermanfaat.
Oh ya, ada sesiapa nak TEKA apakah itu STM dan LTM?
Buat tekaan anda di ruangkan KOMEN ya.
Assalam
HT Amir
25.6.2016
12:32am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Stm- short term meaning.ltm- long term meaning..btul ke? Main teka je ni..
ReplyDeleteDah dekat dah
DeleteShort Term Memory
Long Term Memory
Assalam...tq kerana bnyk info berguna di sini..just nk clarify name of food mcm fried rice or chicken burger perlu tulis
ReplyDeleteCapital ke di dalam ayat? Dan satu lagi contohnya Siti's restaurant..restaurant tu perlu capital juga ke...tq