Pages

Saturday, 1 December 2018

Modul Kelas Online 2019 - 1 - SEMUA KELAS


Welcome to Kelas Online 2019

Blog ini akan menjadi MODUL UMUM untuk semua kelas online kelolaan saya.

Jadikanlah modul ini sebagai PANDUAN/CHECKLIST untuk anda MEMBANTU ANAK anda memperbaiki results BI Pemahaman dan BI Penulisannya secara BERSISTEMATIK.

Kelas ini lebih kepada BIMBINGAN untuk parents. Tentang bagaimana mereka boleh bantu anak di rumah. Maksudnya saya mengajar parents, bukan anak. Saya hanya akan berinteraksi dengan anak-anak Kelas ALTOV sahaja dalam FB Live Class. Kelas TOV tiada interaksi antara saya dengan anak-anak tuan puan. Harap maklum.

Maklumat dalam blog ini adalah sekadar INFO sahaja. Anda perlu MEMANTAU sendiri apa yang telah anda buat atau belum buat. Sila tandakan ✔ di dalam kurungan (   ) seperti ini  ( ✔ ) sekiranya anda telah MELAKSANAKAN sesuatu modul tersebut

AMARAN :
Semua bahan yang diletakkan di sini HANYALAH untuk PESERTA KELAS yang TELAH MEMBAYAR YURAN KELAS sahaja. Sekiranya anda belum membayar yuran dan berhajat untuk menggunakan bahan-bahan dalam blog ini, sila hubungi saya melalui WhatsApp untuk mendaftar di http://www.wasap.my/601128820890

BAHAGIAN 1 : SEMUA PESERTA PERLU BUAT INI

(   ) 1 - BAYAR YURAN 
Pastikan anda telah membayar Yuran Langganan Kelas SBL(TOV) Bulan Pertama RM30 atau SBL(ALTOV) Bulan Pertama RM50  dan telah memaklumkan kepada saya melalui WhatsApp. Tiada Yuran Pendaftaran untuk kelas TOV tetapi ada Yuran Langganan untuk Software yang akan digunakan dalam kelas ALTOV.

(   ) 2 - DAFTAR Secara Online
Then barulah anda boleh mengisi borang pendaftaran Kelas Tuisyen Online ini di https://goo.gl/Kf6LjS

(   ) 3 - JOIN FB Master Group
Anda akan menerima KOD PESERTA anda melalui email. Gunakan KOD tersebut untuk join FB Master Group yang penuh dengan FB Live saya mengajar pelajar-pelajar offline saya. Terdapat juga videos yang saya buat khas untuk topik-topik tertentu seperti writing tips, magic verbs, common mistakes dan lain-lain. Sila klik untuk join di  https://www.facebook.com/groups/275699209873125

*** Sila jawab soalan yang ditanya iaitu KOD 2019 anda. Tanpa kod anda tak akan diterima masuk ke dalam FB Master Group ini melainkan anda PM saya di FB saya iaitu https://www.facebook.com/AHHamdz

(   ) 4 - Buat UJIAN PENENTUAN KELAS Secara Online
Untuk bulan saya masukkan anda ke dalam Kelas yang TEPAT mengikut tahap penguasaan anak anda dalam BI, sila lakukan 2 ujian ini:

(a) Ujian Objektif 

Sesiapa yang SUDAH ADA KOD BAHARU 2019, sila minta ANAK ANDA JAWAB SOALAN2 DI BAWAH ini SENDIRI. Tanpa bantuan iaitu tidak boleh bertanya, tanpa merujuk Kamus/Buku/Google dll. Masa yang dibenarkan hanyalah selama 25 minit. Mohon pantau masa anak.

PANDUAN Mengisi Nama:
(i) Dalam ruang FIRST NAME sila taip KOD 2019 anda.
Contoh : 2019p46
(ii) Dalam ruang LAST NAME sila taip 'ANAK'
• Maka saya akan tahu, soalan itu dijawab oleh ANAK peserta 2019p46

KLIK LINK berikut untuk MULA UJIAN
Ujian 1 - Bhgn A - https://goo.gl/Wzd1Cw

(b) Ujian Subjektif
Sila masukkan KOD yang betul. Kesilapan memasukkan kod akan menyebabkan markah anak anda hilang.

PANDUAN Menjawab Soalan:
1. Anda pastikan anda sudah ada KOD 2019
2. Minta anak taip terus jawapan ke dalam borang online ini atau anda cetak dahulu, anak tulis dan kemudian anda taip jawapan anak

KLIK LINK berikut untuk MULA UJIAN
Ujian 1 - Part B & C - https://goo.gl/254eP3

(   ) 5 - JOIN Channel Telegram 1Hari 1Soalan (1H1S)
Sementara menunggu saya semak jawapan anak anda, join channel 1H1S ini. Bacalah panduan dalam channel tersebut tentang steps yang betul tentang bagaimana anda boleh memanfaatkan 1H1S dan 1Hari 1Jawapan (1H1J) yang saya berikan dalam channel tersebut.

Sila KLIK link ini untuk mula dapat 1 Hari 1 Soalan berkualiti! (pastikan anda dah install Telegram)
https://t.me/UPSREnglish





(   ) 6 - PM saya untuk dapatkan markah anak
Anda boleh dapatkan markah anak bagi Ujian di Step 4 dengan PM saya di WhatsApp. Saya juga akan berikan KELAS TELEGRAM yang sesuai untuk anak anda berdasarkan markah yang dia perolehi. Ada 3 kelas seperti dalam gambar di atas.

Saturday, 13 October 2018

Rahsia Memahami Sesuatu Topik BI Berdasarkan Artikel Ilmiah



Meh saya kongsi RAHSIA KEJAYAAN saya memahami sesuatu tajuk....

Saya gunakan tajuk Parts of Speech (POS) yang saya bagi hari tu sbg contoh

Again, saya remind, ilmu ini untuk parents

Amalkan

Then ajarkan atau kongsikan dgn anak

Step 1 - cetak artikel ilmu tersebut
Kalau dalam laptop atau HP memang jarang sangat kita akan baca

Step 2 - Berniat dalam hati yang kita nak faham isi dalam artikel tu

Step 3 - Explore

How to EXPLORE bahan belajar?
=======================
1. Letak SEMUA muka surat di atas meja besar atau atas lantai (kalau boleh). Contohnya artikel POS ni ada 5 muka surat sahaja, so boleh.



2. Gunakan VAK pertama iaitu Visual Skill kita untuk melihat KESELURUHAN bahan. Tengok pada ciri2 yang ada dalam bahan. Berapa tajuk besar? Berapa tajuk kecil? Berapa words yang di bold kan? Ada rajah? Ada underlined? Ada warna berbeza? Ada senarai? Ada contoh? Etc

3. Standby highlighters berbeza. At least 3 warna berbeza. Ada 6 warna lebih bagus. Ini akan membantu Visual Skill kita nanti

Tak perlu beli yang mahal yang RM3-4 sebatang. Beli yang RM2 untuk 6 batang macam kat atas ni pun OK. Saya beli di Eco.


Ilmu ni dah lama saya praktikkan. Bukan teori semata-mata. Ini Skil Learning To Learn. Anak2 kita perlukan ilmu ini. Datanglah apa sahaja cabaran. Dia akan boleh atasi


Step 4. Highlight warna ungu 

Dengar audio di sini  👉🏽  https://goo.gl/6b4WjT





Step 5. Now kita boleh fokus pada page pertama. 

Kita dah boleh combine semua muka surat tadi. Standby 5 warna tadi untuk highlight bahagian2 berbeza dalam (1) DEFINITION sahaja

 Ayat pertama sahaja saya dah terpaksa gunakan 5 warna tersebut.


1) Pink - groups of words (GOW)
2) Green - divided
3) Blue
     a) 8 or more
     b) according
4) Orange - function
5) Yellow - language

Ini adalah DAHAN dan RANTING pertama dalam peta minda kita tentang bahan ini. Tak nak buat peta minda pun takpe. Buat dalam bentuk nota linear iaitu nota dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan. Apapun, kita mesti menggunakan KEYWORDS sahaja.

Jangan highlight SEMUA words. Now, cuba anda buat untuk ayat ke-2. Berapa warna yang akan anda gunakan?

Silakan!

Tiada cara yang betul atau salah untuk menyusun ideas dalam bahan. Tapi pastikan words yang penting tidak hilang. Itulah KEYWORDS

Contohnya dalam ayat ke-2, word penting ialah TODAY. Ini kerana word ini memberitahu kita contrast ataupun bandingan yang berlawanan dari segi masa.


Dulu = POS
Hari ni = LC atau WC


Step 6 - now kita dah boleh buat Draf Pertama nota kita.

Sama ada nota linear atau nota peta minda kita tentang bahan tadi. Gunakan pen atau pensel sahaja. Tak kisah kalau silap.


Inilah masanya untuk explore ideas. Di sinilah nak bina kreativiti. Kalau tak puas hati susunan atau layout Draf 1 ni, buatlah Draf 2. Tak puas hati tu buatlah Draf 3 and so on

Yang penting tujuan kita buat NOTA daripada bahan bacaan adalah untuk meringkaskan bahan asal. Jadi fikirkan struktur dan susunan terbaik untuk tujuan itu

Good luck!

Update: 14.10.2018
Saya kongsikan Step 7 iaitu Melukis Peta Minda Sebenar tentang POS ini yang dah pun siap.






























Mengapa perlu melukis Peta Minda Sebenar?
  1. Warna berbeza yang mewakili IDEA berbeza dapat membantu kita memfokuskan kepada bahagian tertentu dengan mudah
  2. Warna juga SWITCH ON otak kita, berbanding nota linear atau peta minda tanpa warna yang membosankan dan SWITCH OFF minat otak untuk belajar
  3. PMS mempunyai IMEJ di tengah yang membuatkannya UNIK
  4. Pengunaan highlighters juga dapat "highlight" isi2 dan words yang kita anggap sebagai isi UTAMA dan KEYWORDS
  5. Struktur PMS yang UNIK juga dapat membantu kita untuk mengingat semula apabila diperlukan. Kita tahu APA yang perlu diingati dan DI MANA terletaknya isi2 tersebut.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...