Pages

Saturday, 13 October 2018

Rahsia Memahami Sesuatu Topik BI Berdasarkan Artikel Ilmiah



Meh saya kongsi RAHSIA KEJAYAAN saya memahami sesuatu tajuk....

Saya gunakan tajuk Parts of Speech (POS) yang saya bagi hari tu sbg contoh

Again, saya remind, ilmu ini untuk parents

Amalkan

Then ajarkan atau kongsikan dgn anak

Step 1 - cetak artikel ilmu tersebut
Kalau dalam laptop atau HP memang jarang sangat kita akan baca

Step 2 - Berniat dalam hati yang kita nak faham isi dalam artikel tu

Step 3 - Explore

How to EXPLORE bahan belajar?
=======================
1. Letak SEMUA muka surat di atas meja besar atau atas lantai (kalau boleh). Contohnya artikel POS ni ada 5 muka surat sahaja, so boleh.



2. Gunakan VAK pertama iaitu Visual Skill kita untuk melihat KESELURUHAN bahan. Tengok pada ciri2 yang ada dalam bahan. Berapa tajuk besar? Berapa tajuk kecil? Berapa words yang di bold kan? Ada rajah? Ada underlined? Ada warna berbeza? Ada senarai? Ada contoh? Etc

3. Standby highlighters berbeza. At least 3 warna berbeza. Ada 6 warna lebih bagus. Ini akan membantu Visual Skill kita nanti

Tak perlu beli yang mahal yang RM3-4 sebatang. Beli yang RM2 untuk 6 batang macam kat atas ni pun OK. Saya beli di Eco.


Ilmu ni dah lama saya praktikkan. Bukan teori semata-mata. Ini Skil Learning To Learn. Anak2 kita perlukan ilmu ini. Datanglah apa sahaja cabaran. Dia akan boleh atasi


Step 4. Highlight warna ungu 

Dengar audio di sini  👉🏽  https://goo.gl/6b4WjT





Step 5. Now kita boleh fokus pada page pertama. 

Kita dah boleh combine semua muka surat tadi. Standby 5 warna tadi untuk highlight bahagian2 berbeza dalam (1) DEFINITION sahaja

 Ayat pertama sahaja saya dah terpaksa gunakan 5 warna tersebut.


1) Pink - groups of words (GOW)
2) Green - divided
3) Blue
     a) 8 or more
     b) according
4) Orange - function
5) Yellow - language

Ini adalah DAHAN dan RANTING pertama dalam peta minda kita tentang bahan ini. Tak nak buat peta minda pun takpe. Buat dalam bentuk nota linear iaitu nota dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan. Apapun, kita mesti menggunakan KEYWORDS sahaja.

Jangan highlight SEMUA words. Now, cuba anda buat untuk ayat ke-2. Berapa warna yang akan anda gunakan?

Silakan!

Tiada cara yang betul atau salah untuk menyusun ideas dalam bahan. Tapi pastikan words yang penting tidak hilang. Itulah KEYWORDS

Contohnya dalam ayat ke-2, word penting ialah TODAY. Ini kerana word ini memberitahu kita contrast ataupun bandingan yang berlawanan dari segi masa.


Dulu = POS
Hari ni = LC atau WC


Step 6 - now kita dah boleh buat Draf Pertama nota kita.

Sama ada nota linear atau nota peta minda kita tentang bahan tadi. Gunakan pen atau pensel sahaja. Tak kisah kalau silap.


Inilah masanya untuk explore ideas. Di sinilah nak bina kreativiti. Kalau tak puas hati susunan atau layout Draf 1 ni, buatlah Draf 2. Tak puas hati tu buatlah Draf 3 and so on

Yang penting tujuan kita buat NOTA daripada bahan bacaan adalah untuk meringkaskan bahan asal. Jadi fikirkan struktur dan susunan terbaik untuk tujuan itu

Good luck!

Update: 14.10.2018
Saya kongsikan Step 7 iaitu Melukis Peta Minda Sebenar tentang POS ini yang dah pun siap.






























Mengapa perlu melukis Peta Minda Sebenar?
  1. Warna berbeza yang mewakili IDEA berbeza dapat membantu kita memfokuskan kepada bahagian tertentu dengan mudah
  2. Warna juga SWITCH ON otak kita, berbanding nota linear atau peta minda tanpa warna yang membosankan dan SWITCH OFF minat otak untuk belajar
  3. PMS mempunyai IMEJ di tengah yang membuatkannya UNIK
  4. Pengunaan highlighters juga dapat "highlight" isi2 dan words yang kita anggap sebagai isi UTAMA dan KEYWORDS
  5. Struktur PMS yang UNIK juga dapat membantu kita untuk mengingat semula apabila diperlukan. Kita tahu APA yang perlu diingati dan DI MANA terletaknya isi2 tersebut.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...