Pages

Monday, 29 April 2019

Rahsia Pandai Esei BI Viral iaitu Teknik Salin Karangan BerVISI - Edisi Terkini 2019


Posting di atas, iaitu tentang Rahsia Pandai Esei BI dengan menyalin esei contoh, PERNAH VIRAL pada tahun 2016. Tahun itu sahaja 1,000,000 pageviews telah direkodkan.

Tapi....itu hanyalah SEJARAH.

Teknik Salin Karangan BerVISI Edisi 2015 tu telahpun saya kemaskini pada tahun 2017. Sejak itu teknik itu hanya saya sahaja yang amalkan dengan murid-murid saya dan ibu bapa yang follow saya di FB.

Namun, berita baik!

Tahun 2019 ini saya telah mengemaskini Teknik Salin Karangan BerVISI tersebut menjadi TSKB Edisi 2019.

Saya akan terangkan steps tersebut di bawah. Semoga bermanfaat.

Step 1: Dapatkan satu esei contoh. Saya sarankan agar anda menggunakan buku koleksi soalan tahun2 lepas UPSR Sekolah Kebangsaan dahulu. Setelah habis buku itu disalin menggunakan TSKB E2019 ini, anda beli pula buku yang sama untuk SJKC pula. Habis 2 buku tersebut, in shaa Allah anak anda sudah PANDAI ESEI BI. Aamiiin.


Contohnya saya ambil soalan di atas daripada buku koleksi soalan UPSR SJKC iaitu Question 2 Tahun 2016. (Hakcipta Kerajaan Malaysia). Saya sarankan sekali lagi, sila beli buku-buku tersebut. WAJIB ada. Abaikan buku-buku lain dahulu. Oh ya, susunan buku mengikut kepentingan contoh esei adalah :

1) Koleksi Soalan sebenar UPSR SK
2) Koleksi Soalan sebenar UPSR SJKC
3) Buku BH Didik
4) Buku Terengganu
5) Buku Kelantan
6) Buku-buku terbitan penerbit terkenal seperti Sasbadi, Pelangi, Fajar Bakti dan lain-lain.

Step 2: Lihat esei contoh yang diberikan di hujung buku. Contohnya seperti di bawah ini.


Mengikut TSKB Edisi 2015, murid hanya perlu menyalin semula esei di atas ke dalam MyBBB (My Big Blue Book). Kemudian highlight VERB. Itu sahaja. Kemudian dilakukan steps seterusnya seperti dalam blog sebelum ini. Klik link ini untuk baca.   http://rahsiapandaibi.blogspot.com/2015/05/boleh-pandai-penulisan-bi-dengan-hanya.html

Tetapi untuk versi terkini iaitu TSKB Edisi 2019, saya minta agar murid kembangkan minda lebih luas. Bukan setakat mencari VERB tetapi beberapa BAHAGIAN ayat yang lain. Pertama sekali murid perlu membuat jadual dalam buku MyBBB dengan 6 lajur iaitu:

E + S + V + O + E1 + E2

di mana,

E = Extra
S = Subject
V = Object
E1 = Extra 1
E2 = Extra 2

Details lebih lanjut tentang setiap bahagian tersebut dan apakah contoh-contoh words yang tergolong dalam setiap lajur boleh dilihat dalam gambar di bawah ini:


Saya tekankan di bawah jadual tersebut 3 perbezaan TSKB Edisi 2019 iaitu:

1) Saya menggunakan ESVOEE instead of SVO sahaja. Ini kerana ESVOEE lebih jelas pembahagian bahagian-bahagian dalam ayat.

2) Saya menggunakan FRASA berbanding words. Ini kerana ada words yang tidak bermakna setelah diasingkan daripada frasa asal di mana words itu berada.

contoh : After VS After having dinner,

Jelas sekali 'After having dinner' lebih bermakna.

3) Saya menggunakan WARNA untuk membezakan bahagian-bahagian dalam ayat. Sepatutnya sekali pandang sahaja anda dan anak anda atau sesiapa sahaja sudah boleh nampak PATTERN atau CORAK yang wujud dalam ayat Bahasa Inggeris. Inilah RAHSIA yang selama ini tersimpan rapi dan hanya diketahui oleh sebilangan kecil orang sahaja. Kini anda sudah tahu!

Oh ya, anda nak tahu lebih lanjut tentang TSKB Edisi 2019 ini? Sila join Kelas Online Bahasa Inggeris (KOBI) 4Parents &Teachers yang saya kelolakan menggunakan WhatsApp. Saya akan ulas dan terangkan lebih lanjut beserta contoh-contoh lain di dalam kelas nanti.

Bagaimana nak join?
Klik sahaja link di bawah ini   
Klik link WhatsApp ini untuk anda (ibu bapa atau cikgu) join kelas online saya supaya anda dapat BANTU ANAK/MURID anda untuk A dalam BI UPSR

http://www.wasap.my/601128820890/KOBI




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...