Pages

Sunday 2 November 2014

Teknik The SECRET ialah Rahsia SEBENAR Untuk Pandai Bahasa Inggeris


Sebelum ini pernah dibincangkan Soalan tentang "Apakah MAKNA Pandai BI?". Untuk baca jawapan pelajar dewasa saya dan pendapat saya tentang soalan itu, boleh rujuk → SINI.

Hari ini saya ingin berkongsi The Secret to Master English Language, FAST & EASY, sepertimana yang saya ringkaskan dalam diagram di atas.

Apabila saya kongsikan THE SECRET tersebut, majority of my students akan kata mereka TAHU semua tu. Tiada apa yang SECRETnya kata mereka.

Ya, mungkin mereka tahu semua itu, tetapi adakah mereka tahu the REAL SECRET? The real secret bukanlah LSRW kerana itu semua orang tahu. The Real Secret atau Rahsia SEBENAR untuk Pandai BI terdapat pada ayat terakhir dalam diagram tersebut.

Bila saya bagitau begitu, barulah mereka sedar. Sebenarnya mudah atau susah BI itu, rahsianya bukan terletak pada bahasa itu semata-mata, tetapi lebih terletak pada diri seseorang itu sendiri.

The Key = Have FUN and be CONSISTENT, lantas akan menjadi HABITS/TABIAT.

Yang membuatkan kita terasa BI susah, atau mengapa kita tak pandai BI walaupun telah belajar berbelas atau berpuluh tahun sejak sekolah tadika ialah kerana kita tidak mengamalkannya. Kita tidak jadikan membaca dalam BI sebagai hobi. Kita tidak bercakap BI sebagai tabiat yang natural. Kita tidak amalkan mendengar orang Puteh bercakap BI. Bila menonton movie pun kita tak cuba TANGKAP apa yang Mat Saleh tu cakap. Bila menulis, kita malu nak update FB atau dalam Whatsapp guna BI.

Paling TERUK, kita segan dengan diri sendiri untuk cuba berbahasa Inggeris dengan anak2 di rumah. Itu di rumah. Kalau dalam lif atau di restoran, kita langsung tiada hidung nak bercakap dalam BI dengan isteri atau suami atau anak2. Kita TAKUT orang lain kata kita nak berlagak atau perasan macam omputeh.

Pendeknya, RAHSIA Pandai BI terletak dalam tangan kita.

Jadi, carilah 100 cara untuk praktis BI dan praktikkan satu persatu. Kuasai setiap cara sebelum melangkah ke cara seterusnya.

For the record, saya selalu minta Group Pelajar Whatsapp saya untuk senaraikan 100 Cara Praktik BI tersebut. Selalunya mereka ambil masa yang agak panjang untuk lakukannya.

Anda bagaimana? Boleh tak anda senaraikan 100 Cara Praktik BI?


Cuba komen di bawah kalau anda boleh.




Semoga Bermanfaat,

HT Amir
3.11.2014



8 comments:

  1. salam, sy berminat utk memiliki ebook vocab

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan, saya juga berminat utk memiliki ebook vocab... bagaimanakah prosedur nya... harap dapat feedback drp pihak tuan...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan, saya juga berminat utk memiliki ebook vocab... bagaimanakah prosedur nya... harap dapat feedback drp pihak tuan...

    ReplyDelete
  4. thank you teacher. I will understand quastion kbat thanks

    ReplyDelete
  5. Thank you sir... I promise i will do this.. insya Allah

    ReplyDelete
  6. saya pun berminatt dengan ebook vocab tu.

    ReplyDelete
  7. I love it.i want work hard and study smart

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...